Gagi naik....Kita Hutang lagi

Kalau diperhatikan statistik orang kita yg terlibat dengan HUTANG, memang agak menakutkan!
Hampir 90% orang kita mempunyai HUTANG.
HUTANG atas sebab2 tertentu. Masing2 punya sebab sendiri.

Apa yg aku cuba bincangkan kat sini ialah:

  1. Siapa? Golongan mana biasanya berHUTANG.
  2. HUTANG untuk apa?
  3. Natijah/akibat berHUTANG.
  4. Bagaimana menguruskan HUTANG.
SEMUA PERINGKAT
- Secara spontan kita akan fikir situasi orang yg berHUTANG adalah kerana terpaksa. Terdesak dan takde WANG untuk memenuhi sesuatu keperluan hidup.

- Tapi harini bila kita fikir lagi sikit ke dalam, kita tau rupanya orang yang bukan dalam kesempitan wang pon rupanya ramaiiii yg terlibat dgn HUTANG.

TERMASUK KITA SENDIRI!!

Sebabnya?
**Peluang untuk berHUTANG sangat terbuka luas depan mata.
Normal hidup manusia memang ada KEINGINAN. Cuma timbul masalah bila kita tak mampu memenuhi KEINGINAN tersebut disebabkan kewangan yg terbatas. (pendapatan rendah atau tak mencukupi).

Bayangkan nak beli motor sebuah pon harga dah 4-5 ribu.. Disebabkan ianya keperluan, untuk gi keje contohnya. Mesti kena beli.
Tapi kalo dah gaji RM1300 sebulan, belanja rumah saja pon macam tak cukup. Bila la agaknya bleh beli motor RM4000 tunai??

Tapi masih boleh dimiliki sebab ada kemudahan . Bayar ansur2... potong duit gaji.
Nak tak nak, biar la gaji jadi sikit, KUASA BELI jadi KECIK, kena bayar lebih dari harga asal pon sanggup.

MAKA BERHUTANG LA KITA.
Bagi aku ini adalah satu masalah.

Secara ringkasnya kat sini, apa yg aku bleh KECOHKAN ialah;
Jika kita tergolong dlm orang yang tak berkemampuan memiliki 'KEPERLUAN', apatah lagi KEINGINAN & IMPIAN... Mana yg perlu kita perbetulkan?

1) Perlukah kita memilih untuk BERHUTANG untuk memiliki sebuah motor..?
Kurangkan/korbankan/hadkan perbelanjaan untuk keperluan lain kerana sebahagianya WAJIB diperuntukkan untuk bayar motor bulan?
= Dapat motor, hadkan perbelanjaan lain. (tambah beban)

2) Atau kita memilih untuk melakukan sesuatu yg boleh menambah PENDAPATAN supaya mampu memiliki sebuah motor (walaupon bayar ansur -HUTANG-) dalam masa yang sama tak perlu korbankan sebahagian keperluan yg lain?
= Dapat motor, tapi belanja untuk keperluan lain tetap seperti biasa. (tak membebankan)

Aku lebih tertarik memilih cara ke-dua.
**Tambah pendapatan. Besarkan kuasa beli.
- Motor dapat, keperluan lain tak sangkut.

Harap korang bleh faham apa yg cuba aku sampaikan/jelaskan ni.

Hari ni kita seolah2 tak boleh lepas daripada terlibat dengan HUTANG yg sudah tentu dibayangkan MEMBEBANKAN.

Sebenarnya di luar sana ada golongan yg juga berhutang.. juga terpaksa peruntukkan sejumlah wang pendapatan untuk bayar hutang (ansuran) tapi TANPA RASA BEBAN. Tanpa perlu korbankan keperluan lain.

Mereka ini ialah golongan yg telah memilih untuk MEMBAIKI PENDAPATAN.

PERNAHKAH ANDA BERJUMPA DENGAN MEREKA INI?

KALAU PERNAH, APA YANG ANDA BUAT?
PERNAH TANYA PENDAPAT & TUNJUK AJAR?

ATAU CEPAT2 CARI JAWAPAN UNTUK DIRI ANDA SENDIRI KENAPA ANDA TIDAK SEPERTI MEREKA?

info from my Biz Group

7 Tanda Halangan Minda-Tanda 5

Tanda kelima yang perlu diperhatikan ialah “Perasaan TAKUT GAGAL lebih besar daripada KEINGINAN untuk BERJAYA.” Jika anda mahu lakukan sesuatu yang baru, yang mana lebih mendorong kelakuan anda, potensi untuk gagal dan kecewa atau potensi untuk berseronok apabila sudah berjaya?

Soal diriSaya berikan contoh. Jika anda seorang pelajar, hari ini anda terlintas di hati untuk jadi seorang pelajar terbaik dan skor A dalam semua subjek yang anda ambil. Yang mana lebih mempengaruhi anda, potensi untuk berjaya dan merasa bangga atau potensi untuk gagal dan kecewa akibat tidak berjaya mencapai matlamat tersebut?

Jika anda sedang bekerja dan bercita-cita mahu memulakan perniagaan, yang mana lebih mempengaruhi anda, kemungkinan untuk berjaya, kaya, hidup senang dan bebas atau kemungkinan gagal, muflis dan malu dan diketawakan sahabat handai dan saudara mara?

Ada satu pendapat besar dalam kajian psikologi yang mengatakan bahawa motivasi manusia terbina sama ada daripada keinginan untuk mencapai sesuatu yang menyeronokkan dan menggembirakan(moving towards pleasure) atau keinginan untuk lari daripada sesuatu yang menyakitkan (moving away from pain).

LariMenurut pemerhatian dan pembacaan saya, orang-orang yang berjaya mengeluarkan potensi diri mereka begitu fokus kepada sesuatu yang bakal menggembirakan mereka. Maksudnya, jika mereka mahu capai sesuatu, minda mereka akan sentiasa fokus kepada gambaran di mana mereka gembira dan seronok kerana telah mencapai matlamat tersebut. Walaupun mereka sedang gagal dan belum mencapai matlamat tersebut, mereka tidak berganjak dan tidak berputus asa dengan keputusan untuk mencapai matlamat tadi. Hasilnya, mereka mampu keluarkan semua bakat dan potensi yang terpendam di dalam diri mereka.

Berbeza dengan orang kurang berjaya. Mereka mudah ditakutkan dengan kegagalan. Mereka gagal sekali dua, terus mereka kata mereka tidak berbakat. Terus mereka kata dunia ini tidak adil. Terus mereka seolah-olah menyalahkan takdir kerana mereka lahir kurang berbakat dan berkebolehan seperti orang lain.

Hakikatnya, mereka belum cukup mencuba dan belum cukup menempuh kegagalan. Orang berjaya juga gagal tetapi mereka tidak pandang itu semua sebagai kegagalan. Mereka faham bahawa gagal itu adalah satu proses pembelajaran, sama seperti kita selalu jatuh semasa mula-mula belajar berjalan dulu.

Jadi hari ini apa kata kita kaji tentang diri kita. Apabila hendak melakukan sesuatu yang bakal merubah hidup kita )ke arah kebaikan) adakah kita lebih mudah ditakutkan dengan kegagalan atau kita lebih mudah teruja dengan kemungkinan untuk mencapai kejayaan? Jika kita lebih mudah mudah ditakutkan dengan kegagalan, besar kemungkinan segala bakat yang terpendam di dalam diri kita akan kekal terpendam buat selama-lamanya.

Credit to Motivasibelajar

7 tanda Halangan Minda-Tanda 4

Tanda keempat yang perlu kita bincangkan ialah ‘terlalu sayangkan bantal busuk’. Saya percaya anda faham dengan maksud bantal busuk. Kita biasa lihat kanak-kanak kecil yang tidur dengan satu bantal kegemarannya. Bantal itu mungkin sudah lusuh, buruk dan berbau kerana sudah terlalu lama digunakan tetapi kanak-kanak ini masih perlukannya untuk tidur. Malah, bantal ini perlu dibawa oleh ibu bapa ke mana-mana sahaja supaya tidak timbul masalah semasa kanak-kanak ini mahu tidur nanti.

Dalam situasi orang dewasa, kita juga ada bantal busuk kita yang tersendiri. Bantal busuk yang dimaksudkan ialah cara pemikiran dan cara kita melakukan sesuatu. Cara pemikiran dan melakukan sesuatu ini pula ialah cara yang LAMA. Tentu anda pernah lihat seseorang yang langsung tidak mahu berubah. Jika pelajar, mereka masih tidak mahu ubah cara mereka membuat nota. Jadi mereka asyik menggunakan cara menulis nota semasa berada di sekolah rendah atau menengah. Kalau cara itu berkesan tidak mengapa, tetapi jika tidak, mereka masih terlalu sayang untuk meninggalkannya. Jika ini berkesan, pelajar ini tidak akan dapat mencari bakat sebenarnya dalam belajar dan mungkin hadapi kesukaran untuk menjadi pelajar cemerlang.

Bantal busukUntuk orang dewasa pula, ramai yang terlalu sayangkan cara lama melakukan sesuatu. Sebagai contoh, jika mereka sudah biasa berucap dengan panjang dan dengan nada yang membosankan, mereka sayangkan cara itu dan langsung tidak mahu berubah. Mereka tidak mahu berubah walaupun dia sedar bahawa lebih separuh pendengar tidur dan tidak mempedulikan ucapannya. Jika ini berterusan, orang dewasa ini tidak akan dapat mengeluarkan bakat sebenarnya dalam menarik perhatian orang ramai untuk mendengar ucapannya.

Ada juga orang dewasa yang terlalu suka bekerja sendirian. Sebabnya selama ini dia berjaya semasa bekerja sendirian. Namun apabila dia cuba untuk berjaya dengan lebih besar lagi, masih digunakan cara lama iaitu bekerja sendirian. Dia terlalu sayangkan cara bekerja sendirian hingga dia tidak mampu melihat kelebihan jika bekerja secara berkumpulan. Akibatnya, bakat terpendamnya untuk mencapai kejayaan yang jauh lebih besar akan terus terpendam selama-lamanya.

Bantal busukHari ini, apa kata kita berfikir bersama-sama sejenak. Apakah kita juga terlalu sayangkan bantal busuk kita? Apakah kita masih memeluk bantal itu sedangkan kita sedar ia tidak cantik dipandang dan tidak sedap baunya di sisi orang-orang disekeliling? Jika ada masa, apa kata kita senaraikan beberapa perkara yang kita lakukan yang masih menggunakan cara lama. Harapannya, jika kita sudah mula sedar bahawa cara lama ini adalah hanya bantal busuk kita, kita mungkin akan timbul keinginan untuk memiliki bantal yang baru, cantik dan wangi pula. Selamat memeluk bantal baru! :)

7 tanda Halangan Minda-Tanda 3

Tanda ketiga halangan minda sedang menyekat bakat terpendam di dalam diri ialah apabila kita ‘mudah terima’ pendapat orang lain tentang kebolehan diri sendiri.

CaturSebagai contohnya, katakan anda mahu memasuki catur. Kemudian anda ceritakan kepada beberapa orang kawan. Salah seorang kawan anda itu berkata, “Kau boleh ke main catur? Aku tengok cara kau main tak berapa cekap sangat, banyak lagi kelemahan. Kena ada bakat kalau nak menang main catur ni.”

Akibatnya, anda mula terima pandangan tersebut. Anda terima idea yang mengatakan bahawa anda tidak ada bakat. Padahal anda berbakat. Akhirnya, anda mungkin menarik diri daripada menyertai pertandingan tersebut.

Saya ingin berkongsi dengan anda tentang satu perkara. Kebanyakan orang di sekeliling kita tidak tahu apa bakat dan kebolehan yang ada di dalam diri kita. Mereka selalunya akan memberi komen dan pendapat berdasarkan bakat dan kebolehan mereka. Jika mereka tidak pandai berucap, mereka juga sangka kita tidak pandai berucap. Jika mereka tidak ada cita-cita, mereka akan rasa pelik yang amat sangat apabila tiba-tiba kita ceritakan tentang cita-cita kita.

Jadi kalau kita terlalu mudah menerima pendapat orang tanpa berfikir sendiri dan mencuba, kita akan kekal dalam keadaan sekarang selama-lamanya. Seingat-ingat saya, seumur hidup ini, sudah terlalu banyak saya dengar kata-kata yang mengatakan saya tidak boleh buat itu dan ini. Sebagai contoh, ketika di tingkatan satu, saya masuk Persatuan Silat Seni Gayung Malaysia. Badan saya agak besar berbanding kawan-kawan lain. Jadi ada seorang jurulatih yang berkata kepada saya, “kau ni kalau main silat, mesti nampak macam robot nanti” sambil ketawa. Memang perangai saya, kalau orang ketawa, saya ikut sahaja ketawa.

Kemudian, Silat Seni Gayung ini banyak aktiviti lompat melompat. Melompat melintasi halangan dan juga lompatan-lompatan seperti orang bersukan ‘gymnastic’ ke depan dan ke belakang. Sekali lagi saya dengar bermacam-macam komen tentang diri saya. Ada yang kata kalau saya jatuh bumi akan bergegar. Ada yang tersenyum melihat saya melompat. Tetapi mungkin disebabkan minat dan sifat degil dalam diri, saya tak berapa kisah apa mereka kata. Saya terus juga belajar dan berlatih apa yang ditunjukkan oleh jurulatih.

Back summersaultHasilnya, pada akhir tahun, semasa ujian kenaikan tali pinggang, saya berjaya mendapat markah tertinggi. Malah, saya seorang sahaja di antara sahabat-sahabat saya itu yang berjaya menguasai teknik lompatan ke belakang (back-handspring & back-summersault). Namun ia tidaklah sehebat ahli gymnastic professional. :) Sejak itu, saya tidak dengar lagi apa-apa komen tentang kebolehan dan potensi diri saya dalam persatuan tersebut.

Apa yang saya benar-benar faham di sini, hanya kita yang tahu bakat, potensi dan kebolehan yang terpendam di dalam diri kita sendiri. Jadi adalah satu idea yang baik kalau kita jangan mudah terima kalau orang kata kita lemah, tidak ada bakat, tidak ada masa depan dan sebagainya.

7 tanda Halangan Minda-Tanda 2.1

Adakah anda suka berangan atau berkhayal? Kebanyakan orang dewasa mengatakan mereka tidak suka berangan atau berkhayal. Membuang masa kata mereka. Benar, berangan boleh jadi satu aktiviti yang membuang masa.

Namun, saya percaya anda pernah duduk sendirian sama ada sedang menunggu sesuatu atau ketika anda tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Mungkin juga anda sendirian sementara menunggu mata anda terlelap di atas katil. Ketika itu, apakah perkara-perkara yang sering bermain di fikiran anda? Adakah anda memikirkan tentang perkara SEKARANG seperti masalah atau cabaran yang yang anda hadapi kini. Atau anda fikirkan tentang MASA HADAPAN seperti apa yang mahu anda capai satu hari nanti. Atau mungkin juga anda fikirkan tentang MASA LEPAS seperti mengenang kejayaan atau kegagalan di masa lepas.

Mulai hari ini, cuba SEDAR apa yang sering bermain di fikiran anda. Jika anda sedar bahawa anda sering mengelamun tentang masalah, cabaran, kesukaran dan keperitan hidup, besar kemungkinannya minda anda sedang dipenuhi halangan minda. Akibatnya, anda mungkin jadi terlalu berhati-hati dan tidak ada keinginan untuk mencuba sesuatu yang tidak pernah anda lakukan.

Tidak salah untuk berhati-hati. Namun bahayanya ialah jika satu hari nanti anda dihidangkan dengan satu peluang untuk merubah nasib dan cara hidup anda, anda jadi takut dan tidak berani mencuba. Sebagai contoh, setelah lama bekerja, anda ditawarkan naik pangkat tetapi cabarannya amat besar. Disebabkan terlalu berhati-hati dan selalu memikirkan tentang kegagalan di masa lepas, anda tolak peluang tersebut.

Mungkin juga anda sudah bosan kerja makan gaji. Anda teringin sangat untuk bekerja sendiri dan bebas lakukan apa yang anda ingin lakukan. Namun, anda sentiasa terbayang kegagalan berniaga di masa lepas. Anda asyik teringat cerita-cerita tentang usahawan yang gagal dan tidak cukup duit untuk makan. Lebih buruk lagi, anda asyiik teringat tentang statistik mengatakan bahawa 9 daripada 10 perniagaan baru gagal dalam tahun pertama. Akibatnya, anda kekal makan gaji. Anda pujuk hati anda yang makan gaji itu adalah selamat dan sesuai untuk orang yang kurang berbakat seperti anda. Persoalannya, benarkah anda tidak berbakat? Benarkah anda akan gagal jika anda mencuba sesuatu yang baru?

TermenungSaya suka berangan. Ketika bersendirian saya suka imbas kembali kejayaan-kejayaan yang pernah saya kecapi di masa lepas. Dulu saya sangka ini adalah satu tabiat buruk kerana saya seperti tidak mahu lepaskan kenangan-kenangan indah di masa lepas. Saya malu hendak ceritakan kepada sesiapa yang saya suka kenang zaman kegemilangan saya di waktu persekolahan seperti memenangi pertandingan, mewakili sekolah, kolej dan universiti dan kejayaan seperti mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Setelah banyak buku yang saya baca mengenai keyakinan diri dan kejayaan, saya dapati tabiat itu semua tidaklah teruk seperti yang saya sangkakan.

Malah ada banyak buku yang saya baca tentang keyakinan diri mengatakan bahawa setiap kali kita berangan-angan dan mengimbas kejayaan lepas, semakin tinggi tahap keyakinan diri kita meningkat.

Jadi, apa kata hari ini anda luangkan sedikit masa untuk berangan-angan. Imbas kembali kejayaan dan kenangan manis yang pernah anda alami. Jika anda sudah berumahtangga, imbas kembali saat-saat anda bercinta dan kenangan indah sewaktu baru berumahtangga. Sebelum tidur, kenang kembali semua kejayaan dan kenangan yang menyeronokkan satu masa dulu. Jika anda sudah bosan bekerja, cuba imbas kembali keseronokan yang anda rasa semasa mula-mula bekerja dulu. Saya percaya, banyak keajaiban yang akan menyusul jika ini dijadikan satu tabiat yang berpanjangan.

Selamat berangan-angan. :)

7 tanda Halangan Minda-Tanda 2

Tanda kedua halangan minda mungkin sedang menyekat bakat terpendam anda ialah apabila anda ‘lebih suka mengenang kegagalan yang lalu’.

Banyak perkara yang boleh memenuhi fikiran anda. Anda boleh fikirkan tentang apa yang berlaku sekarang, pada masa lepas atau apa yang bakal berlaku suatu hari nanti. Namun, jika fikiran anda disekat oleh halangan minda, anda akan sentiasa terkenangkan kegagalan anda di masa lepas.

Contohnya, jika anda orang dewasa dan sudah kerja beberapa ketika. Kemudian anda terfikir untuk sambung belajar. Disebabkan halangan minda menguasai cara anda berfikir, anda akan sentiasa terkenang saat-saat kegagalan atau kesusahan semasa anda belajar di bangku sekolah dulu. Mungkin anda terkenang yang anda lemah dalam beberapa subjek. Mungkin anda terkenang yang anda mudah lupa. Mungkin juga anda terkenang yang anda susah untuk faham sesuatu. Akibatnya, keputusan peperiksaan anda dulu kurang memuaskan.

gagalAnda perlu ingat, kegagalan di masa lepas bukanlah petanda kepada kebolehan diri anda. Ia cuma menunjukkan ada sesuatu yang anda lakukan di masa lepas tidak betul dan tidak kena caranya. Mungkin dulu anda tidak pernah tahu tentang teknik belajar berkesan. Mungkin dulu anda tidak ada pembimbing. Apa yang bahayanya di sini ialah, disebabkan anda asyik terkenangkan kegagalan lepas, anda jadi takut, bimbang dan mungkin buat keputusan untuk menangguhkan usaha menyambung pelajaran.

Cuba tanya diri anda hari ini. Jika anda mahu lakukan sesuatu yang baru hari ini, adakah anda akan terlebih dahulu mengenang kegagalan di masa lepas atau anda akan kenang dahulu kejayaan di masa lepas?

Satu perkara yang saya belajar daripada buku-buku dan audio oleh Brian Tracy, “Jika kita asyik mengenang kegagalan lepas, ia pasti akan berulang“. Contohnya, katakan anda beri ucapan di khalayak ramai. Selepas habis ucapan, anda pulang dan mungkin rasa kecewa kerana ada beberapa kesilapan yang anda lakukan. Mungkin anda ada terlupa apa yang hendak dikatakan dan tergagap-gagap semasa berucap. Akibatnya, anda asyik terfikir, “kenapalah aku lupa tadi?”, “Aduh, aku ni asyik tergagap je.” atau “malunya orang ketawakan aku tadi.”

GagalMalangnya, jika itu yang anda ulang dan ulang di dalam minda, ia pasti akan terjadi semula. Maksudnya, apabila anda mahu berucap semula nanti, kesilapan yang sama pasti akan berulang. Apa yang perlu anda lakukan ialah anda perlu ‘review success, not failure’. Maksudnya, ingat semula kejayaan yang telah anda lakukan semasa berucap tadi. Wujudkan rasa seronok dalam diri disebabkan kejayaan tersebut. Bayangkan juga bahawa ia akan berulang dalam ucapan akan datang. Kemudian, barulah fikirkan bagaimana anda boleh baiki beberapa kelemahan yang anda dalam ucapan tadi. Dengan cara ini, semangat anda tidak akan jatuh dan halangan minda tidak akan menguasai diri dan minda anda.

7 tanda Halangan Minda-Tanda Pertama

Mari kita mulakan dengan tanda yang pertama. Tanda yang pertama berbunyi, selalu dan suka sebut perkataan-perkataan seperti ’susah’, ‘tak boleh’, ‘mustahil’, ‘tak masuk akal’, ‘mana mungkin’ dan sebagainya. Semua perkataan atau ayat ini menunjukkan bahawa anda tidak boleh lakukan sesuatu. Ini semua adalah perkataan atau ayat yang selalu timbul apabila halangan minda menguasai cara anda berfikir.

Saya tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa perkataan itu semua tidak boleh disebut. Orang berjaya juga ada menyebut perkataan tersebut. Namun satu perkara yang berbeza antara orang yang berjaya dan tidak berjaya, orang berjaya sebut susah tetapi dalam hati mereka bertekad untuk mengatasi apa juga kesusahan yang sedang mereka alami itu. Orang kurang berjaya pula apabila menyebut susah, mereka lemah semangat dan mula menutup minda mereka untuk menerima apa-apa cadangan.

Saya selalu lihat pelajar yang kurang berjaya dan kurang bermotivasi menyebut perkataan-perkataan ini. Apabila diberi suatu yang baru untuk dipelajari, cepat benar mulut mereka melatah dengan perkataan-perkataan tadi. Akibatnya, mereka benar-benar sukar mahu menguasai sesuatu topik baru.

Untuk orang dewasa pula, setiap kali mereka sebut perkataan-perkataan ’susah’ atau ‘mana mungkin’ tadi, mereka percaya sepenuh hati. Malah, kepercayaan mereka ditambah lagi dengan pengalaman buruk mereka di masa lepas. Sebagai contoh, jika mereka ditanya bolehkah mereka berucap di hadapan khalayak ramai selama 2 jam, mereka akan kata, “huh, gila ke apa?” atau “aduh…tak masuk akal”. Banyak lagi versi apa yang mereka mungkin katakan. Kata-kata ini pula disokong oleh pengalaman kegagalan mereka di masa lepas. Mungkin mereka pernah diketawakan. Mungkin mereka pernah bercakap dan tidak ada seorang pun yang memberi perhatian. Mungkin juga mereka pernah begitu berdebar hingga pitam, lupa apa hendak dikatakan atau melakukan sesuatu yang memalukan di khalayak ramai. Mereka begitu percaya bahawa pengalaman kegagalan mereka itu merupakan petunjuk kepada kebolehan diri.

SusahBagaimana dengan anda? Sekarang, apa kata anda fikirkan untuk lakukan sesuatu (sudah tentu yang baik) yang selama ini anda tidak pernah berani untuk lakukan. Mungkin anda fikir untuk menulis buku, memberi tazkirah di surau, azan di surau, berniaga, cari kerja baru, sambung belajar, bertegur sapa dengan seseorang yang anda sudah lama menaruh hati atau apa sahaja. Mungkin juga anda adalah seorang yang takut pada kegelapan dan anda terfikir untuk cabar diri anda pergi ke tempat yang sunyi dan gelap tanpa berteman seperti ke kawasan perkuburan :)

Apabila anda fikirkan untuk melakukan perkara tersebut, apakah perkataan-perkataan yang bermain di fikiran anda? Ia tidak semestinya sama dengan apa yang saya tuliskan tetapi adakah maksudnya sama? Jika ada perkataan-perkataan seperti yang saya gambarkan tadi timbul, ada kemungkinan minda anda sedang dibelenggu oleh halangan minda.

Bayangkan perubahan yang akan berlaku kepada diri anda jika semua perkataan dan ayat ini anda ubah kepada perkara sebaliknya. Sebagai contoh, “Mat, Kasim cuti sakit hari ni, awak ganti dia bagi ucapan pembukaan majlis perpisahan nanti boleh?”

Jika selalu anda jawab tidak boleh atau sibuk cari alasan, apa kata anda tukar kepada ‘Boleh, tak ada masalah. Berapa lama nak kena berucap? Sejam? Dua jam? Apa agaknya perubahan yang bakal berlaku?

Mulai hari ini juga, apa kata anda perhatikan dan dengar dengan teliti setiap perkataan dan ayat yang keluar daripada mulut anda. Setiap kali anda kata susah, cuba bayangkan yang ada seketul batu yang besar sedang menghalang cara anda berfikir. Bayangkan juga selagi batu itu ada di situ, apa-apa pencapaian anda sekarang akan kekal begitu sehingga ke akhir hayat anda, tidak ada peningkatan.

credit to;MotivasiBelajar.com

Adakah MLM itu Haram..

MLM dari perspektif Fiqh Islami

disusun semula oleh uncle zin

'Multi Level Marketing' (MLM) adalah salah satu strategi pemasaran yang digunakan secara meluas kini. Walaupun MLM berteraskan jualan langsung, tetapi sistem dan perjalanan antara MLM tertentu dengan yang lain adalah berbeza.

Justeru, hukum halal dan haram MLM tidak boleh diukur kepada namanya sahaja, tetapi ia mesti dilihat perjalanan MLM itu sendiri. Ini kerana, hukum sesuatu perkara berkait rapat dengan hakikatnya.

Untuk mengukur MLM dari perspektif Islam, kita perlu melihat beberapa sudut seperti hukum asal MLM, faktor yang mengharamkannya dan cara untuk keluar daripada unsur-unsur haram itu.

MLM dari sudut positif

Hakikatnya ramai orang Melayu/Islam yang tidak mempunyai keupayaan untuk berbisnes kerana modal & risiko yang tinggi. Sedangkan menghasilkan produk yang mempunyai modal kecil, berbanding syarikat gergasi antarabangsa akan merumitkan perjalanan perniagaan mereka. Akhirnya mereka berdepan dengan suasana ketidak ketentuan dan akhirnya kecundang! Sabenarnya ugama kita menggalakkan kita berniaga, kerana 9/10 rezki datangnya daripada perniagaan tetapi orang Melayu/Islam kita kebanyakan Bekerja! Bahkan 9/10 daripada mereka bekerja!

Ugama kita sabenarnya adalah ugama yang sentiasa memandang positif terhadap apa-apa sahaja, bahkan jika sesuatu masa dimana situasi darurat maka hukum yang haram pun boleh diharuskan/dihalalkan. Tetapi ini bukan soal darurat tetapi PILEHAN. Untuk memileh antara manikam dan kaca maka hendaklah kita berfikir secara positif dan mempunyai fakta dan kebenaran.

MLM dari sudut positifnya boleh menjadi strategi pemasaran bagi memecahkan kemelutan kemiskinan, kepapaan dan tekanan hidup harian. Kenapa MLM? Soalnya adakah kita dapat menghadapi perbelanjaan harian tanpa berhutang dan adakah kita dapat menyimpan uang dihari tua? Dipendekkan cerita bilakah masa kita akan bebas dari kemelut kemelesetan hidup!justru MLM menjadi pilehan untuk kita membena asset kita kerana ia mempunyai peluang yang besar, risiko yang kecil dan yang paling penting dengan modal yang kecil!

Maka itu MLM perlu dilihat dari sudut positif dan kita sepatutnya sama-sama berusaha memperbaikinya supaya bertepatan dengan syariat sehingga sistem MLM dapat menjadi penyumbang kepada ekonomi orang Islam/Melayu yang dapat meningkatkan hidup mereka membena asset yang dicita.

Hukum asal MLM

Hukum asal bagi setiap muamalat adalah harus selama mana tidak terdapat dalil dan faktor yang mengharamkannya. Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi. (maksud al-Baqarah 29).

Hukum asal bagi segala sesuatu adalah harus. Berdasarkan kaedah ini, hukum asal sistem dan konsep MLM adalah harus selama mana tidak terdapat faktor yang mengharamkannya. Untuk menghukumkan sesuatu muamalat sebagai haram mestilah bersandarkan dalil. Selama mana tidak terdapat dalil dan faktor haram, maka selama itu muamalat tersebut kekal harus.

Dengan kata lain, keharusan sesuatu muamalat seperti MLM tidak memerlukan dalil, sebaliknya pengharaman sesuatu muamalat memerlukan kepastian dan sandaran dalil yang kuat, seperti haramnya sesuatu muamalat kerana kepastian terdapat riba di dalamnya di mana riba adalah haram secara putus dan ijmak di kalangan ulama.

Berdasarkan kaedah syariat, pengharaman sesuatu yang asalnya harus tidak boleh bersandarkan kepada hukum khilafiah, kecuali ketika penggubalan undang-undang. Contohnya, jika ulama khilaf berkenaan dengan Ghabnun dan 'had maksimum keuntungan', maka kita tidak boleh mengharamkan MLM disebabkan harganya yang tinggi berbanding barangan lain.

Oleh itu, untuk mengukur sesuatu muamalat halal atau haram memerlukan kepada:

1. Memastikan benar-benar terdapat unsur haram di dalamnya seperti pemastian bonus yang diagihkan berasaskan perjudian yang akhirnya menyebabkan muamalat tersebut haram.

2. Unsur tersebut hendaklah haram secara putus dari sudut syariat. Seperti unsur riba, unsur perjudian, unsur kezaliman dan sebagainya. Sebaliknya, tidak boleh kita menghukumkan haram sesuatu muamalat jika ia bersandarkan kepada unsur yang khilafiah dari sudut halal dan haramseperti muamalat yang berasaskan kepada bai' 'inah, ghabnun yang tidak faahish dan seumpamanya.

Perlu difahami asas kepada muamalat ialah mudah dan toleransi. Berbeza dengan asas kepada ibadat yang bersandarkan kepada ikutan dan ta'abbudi.

Justeru, talfik mazhab atau penggabungan mazhab dalam muamalat adalah dibenarkan berbeza dengan talfik dalam ibadat di mana hukum talfiknya lebih ketat berbanding talfik dalam muamalat.

Faktor-faktor haram

Selama mana sesuatu muamalat tidak dimasuki unsur dan faktor haram, maka hukumnya harus sebagaimana asal. Setakat ini faktor haram di sebalik MLM ialah:

1. Perjudian

Perjudian yang terdapat dalam sesetengah MLM adalah haram ini kerana apabila seseorang itu mengharapkan bonus pembayaran dengan mengharapkan keuntungan dari downline tanpa usaha maka ianya adalah haram!

Bonus dalam bentuk ini secara pastinya adalah perjudian yang diharamkan Islam kerana si penjual pertama dan si penjual kedua dinafikan haknya kerana kalah, justeru tidak mencapai jualan target. Sedangkan konsep keuntungan dalam muamalat Islam yang berpandukan surah al-Baqarah ayat 286 ialah, 'setiap yang berusaha berhak mendapat hasil yang diusahakan'.

Bagaimanapun, untuk menjadikan MLM itu bersihkan maka sebagai leader kita harus membantu setiap downline kita dengan pelbagai cara seperti berikan panduan, tips, coaching, membuat business presentation, entrepreneur opportunity meeting dimana pembabitan motivasi anda merupakan kerja yang anda lakukan untuk downline anda Berjaya!

2. Riba

Apabila terdapat 'fixed return' atau janji kemasukan tetap dalam sesuatu sistem MLM, maka ia adalah riba yang diharamkan. Contohnya, setiap ahli yang menyertai rangkaian MLM mestilah membayar yuran RM50. Setelah ia menjadi ahli dengan pembayaran yuran, maka ia berhak mendapat RM5 setiap bulan sebagaimana dijanjikan syarikat di samping keuntungan jualan atau keuntungan melalui poin penggunaan produk MLM.

'Fixed return' tersebut adalah riba yang mencemarkan keharusan sistem MLM. Jelasnya, 'fixed return' ini juga diadakan guna untuk menarik orang ramai menyertai rangkaian MLM tersebut. Bagaimanapun, sistem MLM yang dicemari riba ini boleh dibersihkan melalui pelbagai cara.

Contohnya agihan keuntungan berdasarkan mata penggunaan melalui konsep mudharabah, dimana setiap ahli yang membeli adalah mudhorib (pencarum) yang berhak mendapat peratusan keuntungan syarikat MLM dalam tempoh setahun sebagai contoh. Cara ini bersih daripada riba dan boleh menarik orang ramai menjadi ahli MLM ini.

3. Tadlis, taghrir dan Syamta'

Tadlis bermaksud memalsukan, taghrir bermaksud memperdayakan dan syamta' pula bermaksud 'make up' hamba yang hodoh sehingga kelihatan cantik dengan tujuan memperdayakan pembeli.

Apa-apa bentuk pengiklanan Syarikat yang mempamarkan kejayaan ahlinya tetapi sabenarnya palsu atau bohong maka hukumnya haram! Contohnya Syarikat mengiklankan sipolan 'dihadiahkan' atau 'menerima hadiah' kereta kerana atau 'berjaya memperolehi' penjualan yang tertinggi sedangkan kereta itu masih berhutang dan siahli harus membayar ansuran bulanan kereta itu..

Menyembunyikan hakikat pembayaran syarikat hanya sebagai down payment pastinya bersalahan dengan pemahaman umum. Ini menyebabkan pengiklanan tadi boleh dikategorikan sebagai 'taghrir' (memperdayakan) dalam bentuk 'Syamta' yang diharamkan.

Syamta' ini boleh dibersihkan melalui pelbagai alternatif. Syarikat boleh menganjurkan majlis penyampaian bonus yang halal kepada ahli-ahli yang mencapai jualan tertinggi dan diiklankan dalam buletin. ia mungkin berupaya menarik ahli baru dalam bentuk tidak memperdayakan dan tidak menghiasi sesuatu hakikat yang tidak benar.

4. Mengambil hak orang lain dengan cara yang salah

Terdapat MLM yang sistemnya berkonsepkan kutu yang haram seperti penggunaan konsep Auto Placement. Dalam konsep Auto Placement ini, ahli pertama perlu mencari dua ahli di bawahnya dan setiap ahli dikenakan yuran RM2. Yuran RM2 tadi terkumpul dan akan dinikmati ahli yang awal sehinggalah yang pertama terkeluar dengan masuknya ahli baru.

Konsep ini asalnya bukan sistem MLM bahkan ia konsep kutu yang haram. Tetapi ada sistem MLM menggunakan kaedah kutu yang haram ini bagi penetapan yuran keahlian dan jumlah yuran ahli yang terkumpul dijadikan bonus bagi level yang paling tinggi.

Di sini, syarikat MLM yang menggunakan konsep ini tidak mementingkan barang, tetapi ia mementingkan keahlian kerana bonus yang diperolehi upline adalah yuran ahli yang terkumpul. Ini punca sesetengah barangan yang tidak jelas dalam sebahagian MLM.

Jika ada bertanya, apa salahnya jika pembayaran yuran berasaskan reda sebagaimana dalam hukum hibah dan tabarru'? Jawapannya, reda yang menjadi syarat halal tersebut mesti didahului atau disertai perniagaan halal sebagaimana ayat 29, an-Nisaa'. Jika tiada perniagaan, iaitu wang yang dikeluarkan hanyalah berbentuk yuran terkumpul yang dipusingkan di kalangan ahli tanpa ada apa-apa pertukaran, maka reda tidak boleh menjadi sebab untuk menghalalkannya.

Tambahan pula, hibah dan tabarru' yang halal dan harus tidak boleh disertai dengan tujuan seperti hibah untuk mendapatkan untung, dan sebagainya. Jika hibah dengan niat ini, ada pendapat yang menyatakan batal dan ada menyatakan ia berubah menjadi transaksi jual beli atau seumpamanya dan bukan lagi hibah sebenar.

Jika berpandukan pendapat yang menyatakan batal, maka penyertaan dalam MLM yang bersifat seperti ini adalah batal. Dan jika berpandukan pendapat hibah dengan niat mendapatkan keuntungan ini berubah menjadi hukum jual beli, maka tuntasnya jika ketiadaan barang yang menjadi pertukaran maka hukumnya adalah haram kerana si pemakannya memakan hak orang lain tanpa sebab yang harus sebagaimana konsep kutu yang haram di atas.

Bukan semua hibah hukumnya harus bahkan kadangkala hibah menjadi haram seperti hibah yang menjadi syarat pinjaman yang dikategorikan sebagai riba yang haram.

5. Penindasan

Bagi sesetengah sistem MLM, ia mensyaratkan jumlah jualan tertentu bagi mendapatkan keuntungan. Sebagaimana diterangkan, ahli-ahli yang tidak mencapai jualan target akan dicabut bahagian keuntungannya dan pihak syarikat akan memberikan kepada orang yang mencapai jualan target.

Sedangkan konsep muamalat Islam ialah, setiap seseorang berhak mendapat apa yang ia usahakan. Berdasarkan konsep Islam ini, si ahli yang berjaya menjual lima produk sepatutnya mendapat ganjaran dari jualannya walaupun kurang dari target dan seharusnya tak diberi pada uplinenya atau orang yang mencapai jualan targetnya.

Apakah alternatifnya?

Sebenarnya, Islam hanya menyenaraikan unsur-unsur haram sahaja dan selainnya halal. Ada ulama hanya menyimpulkan sebab-sebab haram hanya tiga perkara, iaitu riba, gharar dan zalim. Jika sesuatu muamalat bersih daripada ketiga-tiga unsur ini, maka hukumnya halal.

Justeru, alternatif kepada unsur-unsur haram ini terlalu banyak jika dibincangkan secara serius dan bersama. Contohnya, jika 'upline' haram mendapatkan bahagian yuran 'downline' kerana ia termasuk dalam kategori 'memakan harta orang lain secara batil' seperti bentuk yang diterangkan, pihak syarikat boleh menyediakan jumlah tertentu sebagai kos marketing untuk diberikan kepada 'upline' yang berjaya mencari 'downline' atau ahli pengguna baru dengan perincian tertentu.

Berdasarkan konsep Islam, upline boleh mendapatkan bahagian upahnya mencari pengguna baru kerana itu hasil usaha dan titik peluhnya, tetapi disyaratkan perolehannya tadi bukan dengan cara memakan hasil orang lain.

Justeru, apabila disebut 'upline' haram mendapatkan bahagian yuran downline maka kita memahami bahawa 'upline' tidak berhak mendapat apa-apa. Ini menatijahkan 'upline' yang bertindak sebagai pekerja marketing tidak akan melakukan kerja promosi dan akhirnya syarikat tidak berkembang dan barangan produknya akan mati begitu sahaja.

Unsur haram pada MLM tanpa disusuli usaha mencari alternatifnya akan mematikan sebahagian pembangunan produk orang-orang Islam dalam konteks dan suasana ekonomi kita sekarang.

Pakar-pakar ekonomi yang mencipta sistem MLM jangan berputus asa apabila sistemnya disifatkan haram atau mengandungi unsur haram. Mereka mestilah meningkatkan usaha dan meninggikan semangat melalui perbincangan dengan ulama berkebolehan di lapangan ekonomi dan muamalat Islam bagi mencari jalan penyelesaian kepada perkara-perkara buntu serta alternatif kepada unsur-unsur haram.

Sikap, tindakan dan peranan umat Islam

Tidak boleh cepat menghukum: Apabila diperhatikan unsur haram yang disenaraikan di atas, kita dapati sebahagiannya hanya diketahui pihak yang menggubal sistem MLM itu sendiri. Contohnya hakikat kepada sumber bonus yang diagihkan hanya diketahui oleh pembuat sistem MLM sahaja sekalipun terdapat beberapa petunjuk yang menjadi ukuran kepada sumbernya.

Sikap kita sebagai pemerhati tidak boleh terlalu cepat menghukum halal atau haram sesuatu MLM melainkan melalui penyelidikan atau terdapat sebab yang jelas keharamannya. Ini dari sudut kita sebagai pemerhati yang tidak terlibat dengan sistem MLM.

Tidak terlibat dalam perkara yang tidak jelas: Jika kita ingin menyertai, sepatutnya kita mengetahui dengan jelas apakah sumber bonus yang bakal kita perolehi, apakah punca pengembangan modal yang dilaburkan dan sebagainya. Jika ia tidak jelas dan masih keliru dengan sistem atau rangkaian MLM, ia tidak sepatutnya melibatkan diri.

Tidak terpedaya dengan kempen cepat kaya: kadangkala faktor yang menjebakkan seseorang ke dalam rangkaian MLM yang haram disebabkan keghairahan keuntungan yang ditawarkan. Sepatutnya kita perlu berfikir rasional dan logik kerana ulama Islam menggariskan sebab-sebab pulangan di dalam lingkungan tiga perkara: modal, kerja dan dhoman.

Jika sesuatu keuntungan yang dijanjikan bukan selain daripada tiga perkara tadi, sama ada ia menyebabkan kita akan tertipu atau akan mengalami kerugian atau memang benar-benar mendapat untung sebagaimana yang dijanjikan tetapi keuntungan tadi dibina di atas kezaliman dan penindasan terhadap orang lain.

Bantu membantu dalam kebaikan: Kita perlu membantu ekonomi orang-orang Melayu/ Islam dengan memahami konsep MLM sebenarnya dan menjadikannya satu perniagaan yang bersih dari unsure fitnah & subahah. Sesungguhnya adalah baik melakukan sesuatu kerja yang baik & murni umpamanya menolong orang dan secara tak langsung ianya meningkatkan taraf ekonomi kita!

Penutup

Hukum asal MLM harus kecuali apabila dimasuki faktor-faktor haram. Dari sudut positif, sistem MLM boleh bertindak sebagai pemecah kepada tembok monopoli pasaran seterusnya membantu orang Islam mengembangkan bisnes mereka. Justeru, pembinaan ini mestilah digabungkan antara kepakaran ahli-ahli ekonomi dan perniagaan dengan ulama-ulama yang berkebolehan dalam bidang ekonomi dan muamalat Islam.

Pembaikan sistem MLM supaya bertepatan dengan syariat sebagai strategi pemasaran produk orang Islam amat penting dalam keadaan dan suasanan negara yang semakin membuka pintu globalisasi ekonomi. Pengemblengan tenaga antara ulama dan ahli perniagaan amat penting bagi memastikan kemajuan ekonomi umat Islam dan bukan sebaliknya.

wallahualam

Peringatan: pendapat diatas hanyalah pandangan peribadi daripada kajian yang terdapat dalam internet dan penulis bukanlah ulamak atau pakar hukum

sumber dari:Pakmat Siber

Saya Berani Mencuba


Ramai yang berminat untukberniaga…!

Tidak kiralah buat bisnes secara konvensional,MLM(Hai O) mahu pun internet!

Tambah lagi di zaman kegawatan ekonomi sekarang ini, maka ramailah berkira-kira untuk berniaga!

Terutamanya nak buat bisnes Part Time!

Iyalah…, ianya jauh lebih baik daripada menyertai mana-mana Skim Cepat Kaya yang nampaknya tumbuh kembali dengan pelbagai bentuk kaedah perniagaan dan polisi yang dicipta untuk mengaburi mata masyarakat!

Bagaimana ingin memulakan Bisnes Part time

“Bagaimana?”

“Erks.. sekadar nak tahu atau nak buat?”

Ramai di kalangan kita, apabila dijelaskan cara dan kaedah bagaimana nak mulakan bisnes mereka sekadar menjawab ;

“Emm.., nantilah tunggu nak kumpul modal…,”

” Ada ke orang nak beli..?”@ "ada ke orang nak masuk biznes nie"

“Erks …tapi kalau gagal dan rugi macamana?”

Itulah di antara keluhan mereka..(bagi saya itu alasan sebenarnya!)

Kita kena faham bahawa bisnes hari ini terutama bisnes moden akan berhenti berputar jika sikap berani untuk mencuba itu lenyap dan hilang daripada jiwa dan pemikiran kita!

Memang saya akui banyak orang gagal dalam usahanya,

mereka berputus asa tanpa berani mecuba lagi!

Itulah lumrahnya kehidupan masyarakat kita berniaga…

Bagi saya ini sesuatu yang amat merugikan,

bukan sahaja dalam aspek material mahupun kewangan,

bahkan paling teruk pada psikologi!(mulalah kutuk/keji,berpendapat negetif)

Apabila anda gagal setelah mencuba dan terus berputus asa,

maka dengan mudahnya semangat keusahawanan anda juga akan turut hancur lebur!

Maksud saya di sini dalam bisnes dan keusahawanan yer!

Bukannya apa nanti ada pulak yang salah faham!

Tak pasal-pasal mereka gunakan pula pesanan dan kata-kata saya ni untuk menaikan semangat mereka untuk sertai program dan skim yang ntahapaapantah tu:)!

Bukanya apa, ramai yang menyalahgunakan falsafah kejayaan dan kekayaan sejak akhir-akhir ini untuk sesuatu yang tidak betul!

Erks! Macam peserta-peserta program dan skim-skim cepat kaya,

yang kebanyakannya malas berusaha tetapi nak dapatkan pulangan dengan mudah!

Dan mula lah menggunakan kata-kata motivasi dan falsafah kejayaan untuk menaikkan semangat mereka yang secara tak langsung mampu mempengaruhi orang lain untuk terlibat sama!

Tak patut!

Sungguh tak patut!
Itu berani mencuba juga….!

Tetapi berani mencuba untuk sesuatu yang salah!

Macam orang yang tahu bahawa mencuri dan merompak wang orang lain itu salah!

Tetapi dek kerana malas nak berusaha cara yang betul dan cara yang halal maka mereka tetap memberanikan diri untuk meneruskan usaha yang salah tersebut!

Itu namanya sifat tamak!

Tamak untuk berjaya dengan berusaha cara yang betul tak mengapa!

Ni.. dahlah tamak!

Tapi Malas pula nak berusaha!

Amacam? Ada betul ka?

Berbalik kita pada perkara pokok perbincangan kita semula, iaitu berani mencuba!

Harus diingat seseorang usahawan akan menjadi semakin berdaya saing sekiranya dapat meneruskan usaha bisnes mereka apabila berhadapan dengan krisis!

Ya, macam krisis ekonomi yang melanda dunia global sekarang ni!

Ramai yang mengeluh, ramai juga yang berhenti berusaha dan mulai mencari kerja makan gaji pula!

Mereka tidak sanggup menerima kegagalan yang timbul tenggelam!

Walhal itu sebenarnya adalah adat perniagaan!

Tak kan rugi sekali dua bahkan tiga empat kali, anda dah nak berhenti berniaga?

Dalam untung ada rugi, dalam rugi ada untungnya!

Harus diingat, sesungguhnya tiada yang gagal dalam berbisnes,

yang ada hanyalah kerana anda berhenti mencuba, berhenti berusaha!

Jadi saranan saya jika anda berniaga atau pun baru nak buat bisnes,

seharusnya anda terus berusaha dan terus berani mencuba!

Kerana itulah sifat semulajadi seorang usahawan!

Ini kerana setiap manusia adalah usahawan!

Salam kekayaan,

Dari THINKERICH/edit sikit dr artikel asal..

P/S:Biz Hai o bukan boleh cepat kaya tapi boleh kaya dengan cepat.Tetapi kena tahan penolakan sikit jerr..nie org tolak 50 kali kita punya biznes dah mula salahkan semua orang,syarikat,kayu,batu dll.Maka keluarlah Makluk perosak dan berfalsafahlah mereka nie..

USAHA DULU,BARU DOA......taipan181-my choice for life

Nak Join,Nak maklumat tentang biznes ini ,cadangan, komen atau apa2 yg anda ingin luahkan ..

Contact Form

Saya akan hubungi anda(emel@call)kemudian.. Perkara yang paling sukar dalam perniagaan bukanlah
“Bagaimana Untuk Menjual & Mendapatkan Keuntungan?” tetapi “Bagaimana Untuk Bermula?”….kerana jika tiada permulaan, maka tidak ada perniagaan - Steve Schricoff penulis buku “The Miracle Of Business
APA YANG ANDA LAKUKAN SEKARANG!!!!! Peluang hanya datang dan pergi "Dalam sistem sosial orang cina,anak lelaki adalah pewaris keturunan.Salah satu cara menunjukkan penghormatan kpd kedua ibubapa dan menggangkat mertabat keluarga adalah menjadi kaya.Satu-satunya cara menjadi kaya adalah melalui bidang perniagaan... " Landasan Kerjayaan Biznes Ini Telah Terbukti Hebat Ikut ajer landasan kerjayaan ini....usah lagi memandai mencipta roda yang lain. BUAT BIAR SAMPAI JADI INTAN JUTAWAN Bersama Group TAIPAN 181KB.......JATUH ...BANGUN.....LAWAN...... ACTION IS POWER

Mutiara Kata

"Kadang-kadang ALLAH Sembunyikan Matahari,DIA Turunkan Hujan,Ribut dan Petir..Kita Bersedih dan Tertanya-tanya Kemana Hilangnya Matahari?? Rupa-rupanya ALLAH nak Hadiahkan Kita PELANGI Yang AMAT INDAH"
"Hidup ini umpama Mesin Pengasah,samada ia menghancurkan anda atau menggilap anda..... Anda sendiri yang menentukannya."
"Laut mati..MATI hanya kerana ia menerima air dan tidak mengeluarkan setitik pun airnya.Ia sembelit dan sesak.Salah satu hukum hidup yang agung ialah hukum peredaran. Sentiasalah mengedarkan kebaikan dan kebaikan akan sentiasa mengedarkan anda."
"Jika kita tidak mampu menjadi garam untuk memasinkan ikan..jangan pula kita menjadi langau untuk merosakkan ikan tersebut."
"Apabila seorang Samurai sejati bertarung,Ia bersedia untuk menghadapi maut, tetapi yang lazimnya lawannyalah yang menemui ajal."
"Mereka yang berjaya sebenarnya lebih banyak gagal daripada yang tidak berjaya...hanya kerana mereka lebih banyak mencuba daripada mereka yang tidak berjaya." ANDA PERCAYA..... ANDA BUAT........ ANDA PASTI BERJAYA!!!

Sydney 2009 - Best

Sydney 2009 - Best

"Tanam Pinang Rapat-Rapat, Supaya Senang Puyuh Berlari; Ku Pinang-Pinang Tak Dapat, Ku Beli Phero-X, Baru Jadi..." Phero-X : Teknik memikat Isteri melalui sains.