Tuhan..aku tak tahan lagi


Assalamualaikum wrbkt.

Saya ingin berkongsi dengan tuan/puan dan rakan seperjuangan (Hai O marketing) satu dapatan daripada blog yang mungkin boleh membantu kita dalam menghadapi dugaan dan ujian-Nya.

Mutiara Al-Quran JANGAN MENGELUH

Kita selalu Bertanya………………..dan Al-Quran sudah menjawabnya………
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?QURAN MENJAWAB “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (”I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?QURAN MENJAWAB “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?QURAN MENJAWAB “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA LAGI : KENAPA RASA FRUST?QURAN MENJAWAB “Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.” - Surah Al-Imran ayat 139

LANTAS KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?QURAN MENJAWAB “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?QURAN MENJAWAB “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” - Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?QURAN MENJAWAB “Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ? - Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? QURAN MENJAWAB “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” - Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!QURAN MENJAWAB “… ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” - Surah Yusuf ayat 12

Jatuh,Lawan...Bangun.....Taipan181 -my life
credit to nurmutiara.blogspot.com

Nak jadi usahawan ye Zamri?





sedikit coretan dari Ustaz Zamri

Nak jadi usahawan ye Zamri?.. Bermula sekali dengan tahu kelebihannya ketika berniaga

kecil-kecilan di waktu sekolah dahulu. Bertemu pelanggan yang pelbagai karenah

daripada kawan-kawan seangkatan,.


"Zam..hutang dulu yek”..

”Zam belanja la.,sedap juga ko punya kerepek ni,lain kali bawa lagi ye”..

Kemudian lakunya produk yang dijual, kemudian rasa kepuasan mendapat harta daripada usaha sendiri. Mungkin inilah yang menjadi sebab mengapa Rasulullah SAW diberi pengalaman sebagai seorang usahawan yang berdagang di Syam dalam sejarah kehidupannya sebagai satu pendedahan awal kepada watak manusia yang bakal diurusnya disamping semangat berdikari untuk menjadi seorang yang merdeka jiwa dan harta daripada manusia disekelilingnya

Ketika itu keinginan untuk berniaga sentiasa meluap-luap dalam diri ini tapi usia masih terlalu muda. . Biarlah kehidupan yang mengajar erti kematangan. Subjek perdagangan disamping agama diambil kerana minat yang bercampur baur. Masa kecil dulu nak jadi profesor kaji bumi sebab suka tengok Ultraman, nak jadi menteri pun ada sebab macam rasa minat kat seorang menteri tu dulu..hehe rahsia. Nak jadi pensyarah pun ada termasuklah angan-angan menjadi usahawan. Alhamdulillah dapat juga A dalam subjek-subjek yang diminati itu ketika SPM. Akhirnya isi borang UPU ke universiti.. Niat di hati: ”kalau tak dapat pergi Jordan..U tempatan je lah dan mengkhusus dalam bidang bisnes”.

Pengalaman adalah sekolah yang sangat berguna. Baik pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain. Orang-orang terdahulu kalau nak buat bisnes mereka bermula daripada pikul guni, susah payah, tak tidur malam, jadi kuli dan sebagainya tetapi pengalaman yang pahit dan panjang itu dapat di skip bilamana pengalaman itu tidak diulangi dan terus mengambil jalan pintas dengan sekolah pengalaman tadi. Itulah sebabnya banyak orang sekarang ni yang menjadi usahawan muda-muda belaka. Itulah sifat orang mukmin yang tidak akan masuk ke lubang biawak dua kali,dalam erti kata lain, tidak akan mengulangi kesilapan lama dua kali.

Persoalan seterusnya yang berlegar dalam kelongsong pemikiran ini: ”mampu ke nak mengurus bisnes setelah masuk ke alam tu?Cakap dan berteori senang la tapi nak merealisasikannya tak semudah yang disangka”.

Tiga ciri yang perlu ada pada usahawan yang dipelajari di sekolah dulu sentiasa berlegar di kepala iaitu kreatif, inovatif dan berani menghadapi risiko. Keputusan nekad untuk berhenti daripada menjadi Pensyarah di Darul Quran JAKIM yang banyak kenangan itu merupakan langkah berani menghadapi risiko walaupun jadual peribadi ketika itu tidak la penuh setahun pun yang tinggal masa itu hanya nak wujudkan dua lagi ciri dan sifat usahawan.

”Anta bisnes dua orang hasilnya pun dua orang, anta bisnes sepuluh orang hasilnya pun sepuluh orang..” kata seorang rakan bisnes yang selalu menjadi rakan perbincangan. Disiplin mengikut apa yang kita rancangkan adalah kunci juga kepada kejayaan yang diimpikan. Bila mengurus sendiri,merancang sendiri, dan baru tadi mesyuarat perancangan melicinkan gerak kerja bisnes barulah dirasai kemanisannya.Tapi jangan dilupa kuasa kerjasama ala Wonder Pets dengan slogannya “Apa yang penting kerjasama” adalah sangat penting dalam dunia bisnes ini..

Inilah secebis coretan ringkas yang saya anggap sebagai asas kepada pengurusan perkara yang lebih besar lagi khususnya menjalankan tugas sebagai khalifah Allah yang mana matlamat besarnya ialah menegakkan agama dan mengurus dunia ini dengan Agama Allah yang hanyasanya diredhai di sisiNya.

Nak berniaga.....lupakanlah!!

Tahukah anda kenapa anda enggan berniaga? Anda takut dihina. Tidak mahu dikutuk.
Enggan diperli. Susah menerima kritikan.

“Penat-penat ambik degree 5 tahun, kau jadi penjual burger je?”

“Ek eleh, jual Penapis Air Bio Aura ... tu macam bagus je.”

“Peniaga ni penipu je semua. Harga semua mahal.”

Ya. Saya faham. Anda manusia. Anda mempunyai maruah. Anda mempunyai emosi. Kenapa anda perlu membiarkan diri anda dihina sekiranya ada jalan lain untuk meletakkan diri anda dalam ‘class’ tersendiri? Bukan begitu?

Yelah, bila jumpa member-member lama, semua dah pakai kereta baru, business card hebat-hebat, jawatan nampak gempak, pakai tali leher, baju kot, smart. Anda?

“Nak kena buat sales sampai jumpa 10 orang sehari? Ishk. Ntah-ntah kena kutuk lagi.”

“Kalau aku bawak teksi ni, kang member ofis naik, malu je.”

Saya pelik, ramai daripada anda malu untuk memulakan sesuatu perniagaan atas sebab yang remeh temeh. Seolah-oleh berniaga itu satu perkara yang haram. Seolah-oleh menjadi peniaga itu adalah perkara yang menyalahi undang-undang agama & negara.

Betul, manusia ni ada banyak jenis. Jenis yang memaki hamun ada. Jenis dengki ada. Jenis pemarah ada. Tapi jenis yang baik-baik itu lagi banyak. Sekiranya anda berniaga dengan cara yang betul, dari 10 pelanggan, belum tentu ada 1 pelanggan yang akan memaki hamun anda. Tetapi dalam 100 pelanggan, sudah pasti ada 1,2 pelanggan yang tidak berpuas hati. Itu perkara biasa. Kenapa ambil pusing sangat dengan 1,2 pelanggan yang marah-marah, berbanding 99 pelanggan yang memberi sokongan kepada kita?

Anda juga berasa risau apabila anda berniaga kelak, perniagaan anda jatuh dan orang mula mengutuk anda. (Aik, belum berniaga dah fikirkan kejatuhan?)

“Itulah, siapa suruh berniaga.”

“Kan Mak Long dah suruh kau kerja dulu, sekarang kan dah susah.”

Perniagaan memerlukan anda tebal telinga. Kena kutuk, perli itu perkara biasa. Kenapa perlu dengar cakap orang lain kalau anda sudah ada rancangan tersendiri? Biarkan sahaja.

Ingat, duit ini ibarat gula. Kalau anda belum berjaya, tiada siapa yang pedulikan anda. Tetapi apabila anda sudah berjaya, semua orang mengaku bersaudara.

Perlukah Cabar Diri Sendiri Untuk Berjaya

Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D Artikel ini telah dikeluarkan dalam Majalah Cermin, Disember 2003

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.


1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.

Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, "Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ". Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.


4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.

5. Tingkatkan 'Standard' Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan 'standard' kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak 'standard'lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak 'standard' lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak 'standard' lah selama-lamanya dapat markah 'C', 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat 'A' pula. Tidak 'standard' lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak 'standard' lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut 'standard' baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam 'standard' yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung 'standard' tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.

Nak Join,Nak maklumat tentang biznes ini ,cadangan, komen atau apa2 yg anda ingin luahkan ..

Contact Form

Saya akan hubungi anda(emel@call)kemudian.. Perkara yang paling sukar dalam perniagaan bukanlah
“Bagaimana Untuk Menjual & Mendapatkan Keuntungan?” tetapi “Bagaimana Untuk Bermula?”….kerana jika tiada permulaan, maka tidak ada perniagaan - Steve Schricoff penulis buku “The Miracle Of Business
APA YANG ANDA LAKUKAN SEKARANG!!!!! Peluang hanya datang dan pergi "Dalam sistem sosial orang cina,anak lelaki adalah pewaris keturunan.Salah satu cara menunjukkan penghormatan kpd kedua ibubapa dan menggangkat mertabat keluarga adalah menjadi kaya.Satu-satunya cara menjadi kaya adalah melalui bidang perniagaan... " Landasan Kerjayaan Biznes Ini Telah Terbukti Hebat Ikut ajer landasan kerjayaan ini....usah lagi memandai mencipta roda yang lain. BUAT BIAR SAMPAI JADI INTAN JUTAWAN Bersama Group TAIPAN 181KB.......JATUH ...BANGUN.....LAWAN...... ACTION IS POWER

Mutiara Kata

"Kadang-kadang ALLAH Sembunyikan Matahari,DIA Turunkan Hujan,Ribut dan Petir..Kita Bersedih dan Tertanya-tanya Kemana Hilangnya Matahari?? Rupa-rupanya ALLAH nak Hadiahkan Kita PELANGI Yang AMAT INDAH"
"Hidup ini umpama Mesin Pengasah,samada ia menghancurkan anda atau menggilap anda..... Anda sendiri yang menentukannya."
"Laut mati..MATI hanya kerana ia menerima air dan tidak mengeluarkan setitik pun airnya.Ia sembelit dan sesak.Salah satu hukum hidup yang agung ialah hukum peredaran. Sentiasalah mengedarkan kebaikan dan kebaikan akan sentiasa mengedarkan anda."
"Jika kita tidak mampu menjadi garam untuk memasinkan ikan..jangan pula kita menjadi langau untuk merosakkan ikan tersebut."
"Apabila seorang Samurai sejati bertarung,Ia bersedia untuk menghadapi maut, tetapi yang lazimnya lawannyalah yang menemui ajal."
"Mereka yang berjaya sebenarnya lebih banyak gagal daripada yang tidak berjaya...hanya kerana mereka lebih banyak mencuba daripada mereka yang tidak berjaya." ANDA PERCAYA..... ANDA BUAT........ ANDA PASTI BERJAYA!!!

Sydney 2009 - Best

Sydney 2009 - Best

"Tanam Pinang Rapat-Rapat, Supaya Senang Puyuh Berlari; Ku Pinang-Pinang Tak Dapat, Ku Beli Phero-X, Baru Jadi..." Phero-X : Teknik memikat Isteri melalui sains.