Iman & Islam dan Motivasi

Apa khabar semoga sihat ceria dan dilindungi dan dirahmati Allah s.w.t hendaknya.

Dalam banyak-banyak motivasi, apakah motvasi yang terbaik dan perlu diutamakan dalam hidup ini?

Sudah tentulah motivasi yang melibatkan kerohanian!

Motivasi Iman dan Islam akan memuatkan artikel-artikel tazkirah yang menarik yang dipetik daripada pelbagai sumber agar para pembaca blog dapat bermuhasabah diri dan seterusnya mencapai kekayaan jiwa yang sepatutnya dicari-cari selama ini.(sila layari Pemikirkaya)

Selain itu, ianya juga akan menjadi satu saluran dakwah untuk kita saling ingat mengingati di antara satu sama lain!

Ini kerana dalam era globalisasi, pendekatan dakwah Islam juga perlulah seiring dengan kemajuan teknologi semasa dan peredaran zaman.

Semoga para pembaca mendapat manfaat dan dirahmati Allah s.w.t.

Solat selongkar rahsia kejayaan, keselamatan ummah

ALLAH mewajibkan solat fardu lima kali sehari semalam sebagai jadual untuk memberi peluang kepada manusia mengingati dan tidak melupai-Nya.

Apabila ingat, bererti kita sentiasa dekat kepada Allah yang memberi jaminan bahawa kita berada dalam zon selamat dan mendapat rahmat-Nya.

Kekuatan solat menentukan kualiti keislaman dan prestasi kecintaan kita kepada Allah serta mengukur kepatuhan syariat Islam.

Kelemahan menjaga kualiti solat akan menjerumuskan diri sebagai manusia yang rugi. Solat ialah penanda aras kekuatan agama, akhlak, kunci pintu syurga dan amal mulia.

Tegak solat bermaksud tegaklah agama dan terabainya solat adalah meruntuhkan agama.

Dengan demikian, kekuatan akar umbi ialah kesungguhan melakukan solat bermula dari rumah.

Umat Islam digalak memulakan amalan solat ketika berumur tujuh tahun. Apabila 10 tahun, maka menjadi kewajipan ibu bapa atau penjaga menyuruhnya bersolat.

Jika ingkar, diharuskan memukul sehingga perintah ini ditunaikan.Firman Allah bermaksud: “Dan perintahkan keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.

Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.” (Surah Thahaa, ayat 132)

Demikianlah tingginya kewajipan seorang Muslim terhadap ibadah solat yang menjadi amanah Allah.

Jika kita memelihara solat, nescaya sentiasa dipelihara Allah, manakala jika mengabaikannya kita tergolong orang yang rugi. Persoalan besar timbul ialah apakah rahsia di sebalik perintah solat yang begitu kuat?

Antara faedahnya untuk kepentingan dan menjamin keselamatan umat manusia sendiri. Solat ialah benteng daripada melakukan maksiat dan kemungkaran.

Ini bermakna, Muslim yang istiqamah solatnya menjadi insan berakhlak mulia, hidup dipenuhi amal salih, bersifat amanah, berintegriti tinggi dan berjiwa tawaduk.

Mereka yang mengabai dan meringankan solat dilihat cenderung menjadi seorang yang rosak akhlak, bergelumang dengan maksiat, kejam dan mengamalkan sifat keji sehingga mengancam kesejahteraan diri serta masyarakat.

Imam Ahmad meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menjaga solat, nescaya solat itu menjadi cahaya, pembela, dan penyelamatnya pada hari kiamat.

Sementara mereka yang tidak menjaganya tidak akan mendapat cahaya, pembela dan penyelamat.

Bahkan mereka diletakkan bersama dengan Qarun, Firaun, Haman dan Ubay Khalaf.” Orang meninggalkan solat disebabkan harta dihimpun bersama Qarun, jika disebabkan pangkat akan dihimpun bersama Firaun, jika disebabkan jawatan dihimpun bersama Haman dan jika disebabkan dunia korporat pula dihimpun bersama Ubay, seorang yang cintakan harta dan lupa akhirat.

Semua watak itu boleh menyumbang kepada gejala negatif seperti pecah amanah, salah guna kuasa, pelanggaran kepada perlembagaan dan undang-undang negara, penyalahgunaan dadah, pelacuran, perzinaan, pembuangan bayi, kejadian jenayah, perceraian yang semakin meningkat, disebabkan kegagalan segelintir umat Islam menghayati fungsi solat.

Melakukan dosa besar bukan saja kerana berzina, mencuri, minum arak, menderhaka ibu bapa, tetapi termasuk juga perbuatan mengabai atau meninggalkan solat yang amat dimurkai Allah serta azabnya dahsyat di dunia dan akhirat.

Ini dijelaskan Nabi SAW dalam salah satu gambaran azab ketika peristiwa Israk dan Mikraj, orang meninggalkan solat memukul kepalanya sehingga hancur berulang kali. Selain itu, Allah mencampakkan golongan itu ke dalam neraka Saqar.

Firman Allah bermaksud: “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? Orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk orang yang mengerjakan solat.” (Surah al-Muddaththir, ayat 43)

Lupakah kita mengenai ingatan Rasulullah SAW supaya tidak mengabaikan solat pada saat akhir hayat Baginda? Begitu juga kisah Saidina Umar al-Khattab, walaupun tidak sihat akibat ditikam Abu Lu’lu’ah al-Majusi, apabila mendengar seruan solat, beliau segera bangun mendirikannya.

Sempena kempen bulan dakwah di seluruh negara, apakah peranan umat Islam sekalian dalam usaha menjadikan kekuatan solat sebagai penanda aras kekuatan kualiti beragama? Justeru, setiap kita perlu saling ingat mengingatkan supaya sentiasa menunaikan solat.

Jangan bersifat lepas tangan. Sumbangan kita menggalakkan solat atau menyediakan kemudahan tempat solat yang selesa dianggap sebagai langkah mendekati Allah.

Firman Allah bermaksud: “Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat baik, melarang berbuat kejahatan; mereka mendirikan solat dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Mereka diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah at-Taubah, ayat 71)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Berita Harian, Selasa 12 Mei 2009

(thanks for my mentor/THINKRICH)



Hati Sihat vs Sakit Hati


Di dalam kehidupan ini, saya membahagikan Hati Nurani kepada tiga kategori iaitu hati sihat, hati sakit dan hati mati.

Ada yang mengatakan hati terbahagi dua iaitu hati jasmani dan hati nurani. Hati jasmani di dalam perubatan moden dikenali sebagai liver.

Manakala hati nurani adalah merujuk hati rohani, jiwa atau roh. Hati nurani diciptakan oleh-Nya sebelum manusia dan ianya bukanlah berbentuk seperti jasad kasar yang dapat dilihat dan dipegang. Hati nurani bersifat rohaniah, sebab itulah dikenali sebagai roh. Ianya dikatakan terletak di dalam hati jasmani atau liver yang merupakan seketul daging di dalam tubuh badan manusia.

Rasulullah sendiri mengatakan bahawa di dalam diri manusia itu terdapat seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah manusia itu. Tetapi jika rosak daging yang seketul itu, maka rosaklah tubuh badannya. Dan ketahuilah bahawa daging itu adalah hati (Sahih Bukhari dan Muslim).

Di dalam perubatan moden, liver atau hati jasmani adalah organ penting di dalam tubuh badan manusia yang berperanan sebagai penapis darah, menghasilkan hempedu dan berbagai macam fungsi untuk memastikan keseimbangan tubuh badan supaya sihat sentiasa.

Imam Al-Ghazali memberikan takrifan hati sebagai 'jantung' yang mengepam darah dan dibahagikan sebagai hati jasmani dan hati nurani.

Apapun takrifannya, hati merupakan organ yang sangat penting kerana segala perbuatan manusia bermula dari hati. Sebab itu dikatakan ada hati baik (hati sihat), hati jahat (hati sakit) dan hati mati.

Peranan hati sememangnya terlalu besar di dalam kehidupan manusia sehingga Rasulullah saw menyatakan apabila hati itu baik maka baiklah segala anggotanya dan apabila hati itu rosak maka rosaklah segala anggota manusia.

Hati dalam diri saya dan Anda adalah raja yang menentukan tingkah laku dan perbuatan dan penggubal dasar serta prinsip kehidupan yang akan dilalui. Hati berperanan sebagai pembuat keputusan apabila saya dan Anda perlu membuat keputusan dalam sesuatu perkara.

Hati yang baik, akan memandu seluruh anggota melakukan perkara-perkara yang baik dan diredhai-Nya yang akan dijelmakan dalam berbagai bentuk akhlak mulia. Orang yang hatinya baik, akan sentiasa menghormati orang lain dan menghormati jiran tetangga kerana mengetahui tuntutan agama.

Sebaliknya orang yang mempunyai hati yang sakit, rosak dan mati, ianya akan terdorong melakukan dosa dan maksiat kerana masih tidak memahami matlamat kehidupannya untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagian di alam akhirat yang abadi.

Hati yang sakit, rosak dan mati sentiasa menjadi perosak kepada masyarakat, menjadi duri yang sentiasa menyakiti orang lain, menjadi racun yang mematikan hati-hati yang baik dan membawa kepada kehinaan.

Lebih malang lagi hati yang sakit, rosak dan mati akan menjadi tunggangan para syaitan yang sentiasa berkerja dan berusaha membawa hati nurani bersama-sama mereka menduduki tempat di neraka.

Begitulah besarnya peranan hati di dalam kehidupan saya dan Anda.

Hati mati adalah merujuk kepada mereka yang melakukan perkara rutin harian tetapi tidak mengetahui matlamat kehidupan yang sebenarnya. Sebab itu ada juga yang melakukan sembahyang dan dalam masa yang sama maksiat masih tidak ditinggalkan. Ini berlaku kerana mereka tidak ada tujuan untuk bertemu dengan-Nya apatah lagi merindui-Nya. Mereka juga tidak takut dan insaf melihat kematian yang berlaku di hadapan mata.

Hati nurani tidak akan mati sepertimana jasad manusia. Jasad kasar manusia yang kita lihat suatu hari akan hancur berkecai jua akhirnya. Tidak kira secantik atau sehensem mana pun tubuh badan ini, seputih atau segagah manapun ia, pasti hancur luluh jua akhirnya di dunia ini.

Hati nurani akan kekal selamanya iaitu berpindah dari alam dunia ke alam barzakh dan seterusnya ke alam akhirat. Di akhirat itulah tempat abadi hati nurani iaitu tempatnya sama ada Syurga ataupun Neraka.

Syurga dan Neraka adalah tempat abadi seperti mana abadinya hati nurani. Di Syurgalah kekalnya semua perasaan kesenangan dan kebahagian, manakala di Neraka jugalah kekalnya semua perasaan kesusahan dan kesengsaraan.

Semua perasaan itu dapat dirasai oleh hati nurani dan jasad kasar semasa di dunia ini dengan harapan saya dan Anda dapat mempelajarinya kerana ini semua adalah di antara ilmu-ilmu-Nya.

Semua perasaan itu Anda dan saya rasai kerana di dunia ini adalah perhentian sementara sebelum ke alam akhirat. Moga-moga pelajaran yang diperolehi semasa di dunia dapat digunakan untuk persediaan ke alam akhirat kelak.

Sesungguhnya haluan hati nurani, saya dan Anda sendiri yang mengetahuinya ke manakah arahnya. Adakah ia mengarah pada kebaikan untuk mengecapi kebahagian hakiki di Syurga, atau ianya mengarah pada kejahatan agar dapat merasakan kesengsaraan di Neraka buat selama-lamanya…

p/s; Formula merawat sakit hati kat upline,downline,side line,prospek,org2......Buat Hai O,Buat Hai O,Buat hai O,buat hai o................100x.Pasti akhirnya tak sakit hati....(ambo pun sakit hati loni,nak siar doh...hhuhuhu)

Ghairah ku....!!!!(bhg 2 )

Sesungguhnya setiap hari kita memang kena melakukan kerja, sama ada suka ataupun terpaksa. Itulah sebenarnya yang diistilahkan sebagai kehidupan dunia. Kalau tidak melakukan apa-apa, pastilah bukan kehidupan namanya.

Sesungguhnya semua kerja-kerja yang dilakukan setiap hari seharusnya diniatkan semata-mata kerana DIA. Bukan kerana hobi. :)

Apapun yang akan dilakukan sama ada terpaksa mahupun sukarela, pastilah kerana DIA. Siapa? DIA yang Maha ESA.

Walau seberat manapun tugas yang harus dilakukan, usah dilupakan untuk bertekad di dalam diri bahawa perkerjaan itu sebenarnya merupakan satu tanggungjawab yang harus ditunaikan di dalam kehidupan.

Barangkali kerja yang dilakukan itu adalah antara langkah-langkah yang harus dilalui untuk mempelajari rahsia mengenai kehidupan ini.

Pastilah kena berusaha bersungguh-sungguh tidak kira ianya merupakan hobi atau sememangnya yang dibenci. Ketahuilah bahawa semua yang dilakukan itu adalah antara ujian-ujian yang harus kita lalui.

Ada kalanya perkerjaan yang dibenci itu merupakan satu ilmu yang akan memberitahu sesuatu :)

Sering juga berlaku, perkerjaan yang dibenci itu terlalu berat untuk diselesaikan, sebab itu jangan terlupa memohon pertolongan-NYA. Itu juga antara rahsia mengapa kita dipertanggungjawabkan dengan tugasan yang memang dibenci itu.

Sememangnya DIAlah yang mengerti akan perkerjaan yang dibenci itu, namun kena tekadkan di dalam diri bahawa kehadiran kita ke sini, ke dunia ini bukanlah untuk merasai kepayahan kehidupan duniawi ini semata, tetapi lebih jauh daripada itu pastilah untuk persediaan mengecapi kejayaan syurgawi. Mana mungkin kita akan menikmati sesuatu sebelum melakukan sesuatu.

Sebab itu usah terlupa untuk menekadkan di dalam diri bahawa semua yang sedang dilakukan ini adalah kerana Ilahi, kerana DIA yang Maha Mengetahui segala rahsia yang tersembunyi. Di sebalik rahsia kehidupan duniawi ini. Bukan semata-mata kerana hobi.

Berkemungkinan juga sesuatu yang dibenci itu adalah antara langkah-langkah untuk kita memahami segala rahsia berkaitan kehidupan duniawi ini. Agar kita melepasi segala ujian-ujian kehidupan, sebelum menikmati kejayaan.

p/s:credit to abgbent.thanks

Ghairah ku....!!!!

Biar setiap hari kita bagun pagi dengan rasa "Ghairah"...

Anggap apa yang lakukan sebagai hobi, supaya Anda mudah untuk melakukannya tanpa pernah ada rasa tertekan. Kita manusia ni, sikap kita akan cepat berubah jadi OK, jadi seronok apabila kita melakukan sesuatu yang menjadi hobi.

Jika Anda nak cemerlang dalam pelajaran, pekerjaan Anda sekarang ini atau perniagaan, ubah tanggapan terhadap usaha Anda. Anggap usaha Anda, kerja Anda tu bukan satu kerja, tapi hobi walaupun ia adalah kerja, pelajaran dan perniagaan. Anda suka melakukannya.

Sesuatu yang dibuat dengan rasa seronok akan membuat kita sentiasa ada tenaga melaksanakannya. Masalah ramai orang adalah, susah nak menten rasa seronok tu.

Fokus mereka cepat berubah kepada perkara-perkara yang membuat mereka tertekan, tanpa menyedari yang mereka ada PILIHAN untuk membuat keputusan untuk tidak memikirkan semua yang membuat mereka tertekan.

Namun, itu mereka, ini saya dan Anda. Kita tak boleh buat apa-apa kerana dah menjadi pilihan mereka, keputusan mereka.

Dari kita sibuk dok memikir hal orang, baik kita memfokus pada usaha memajukan diri sendiri. Bak kata Azwan Ali, “ada ku kisah?”. Nak menjaga fikiran positif, kekadang kita perlu jadi sedikit ‘pemilih’.

Maka sebab itulah kita harus menganggap pelajaran kita, kerja kita mahupun perniagaan kita sebagai satu hobi yang amat menyeronokkan. Barulah kita akan berjaya, tanpa kita sendiri sedari sebenarnya.

Kita tak akan tahu yang minat kita itu membawa kita sampai ke satu tahap yang hanya kita berjaya mencapainya, tak ada orang lain pernah mencapai tahap secemerlang itu.

Biar setiap hari bangun dengan rasa ‘ghairah’ tatkala memikirkan pelajaran kita, pekerjaan kita ataupun perniagaan kita.

Apa yang saya katakan di atas adalah hasil eksperimen “try test cuba” pada diri sendiri. Mungkin ia berkesan untuk Anda juga, jika dibuat dengan rasa ingin tahu.

Tiba masanya untuk Anda mencari sesuatu yang menyeronokkan, untuk membuat Anda sentiasa ada motivasi.

p/s : Tiada hari tanpa prospek,tiada hari tanpa Taipan 181.......pasti seronokkk...

kalau macam nie bila nak kaya,bila nak jumpa suspek,.......maka jadi "tipu laa","susah laa","main hati laaa'....dan %$##@#T&.......SENDIRI MAU INGAT

Nak Join,Nak maklumat tentang biznes ini ,cadangan, komen atau apa2 yg anda ingin luahkan ..

Contact Form

Saya akan hubungi anda(emel@call)kemudian.. Perkara yang paling sukar dalam perniagaan bukanlah
“Bagaimana Untuk Menjual & Mendapatkan Keuntungan?” tetapi “Bagaimana Untuk Bermula?”….kerana jika tiada permulaan, maka tidak ada perniagaan - Steve Schricoff penulis buku “The Miracle Of Business
APA YANG ANDA LAKUKAN SEKARANG!!!!! Peluang hanya datang dan pergi "Dalam sistem sosial orang cina,anak lelaki adalah pewaris keturunan.Salah satu cara menunjukkan penghormatan kpd kedua ibubapa dan menggangkat mertabat keluarga adalah menjadi kaya.Satu-satunya cara menjadi kaya adalah melalui bidang perniagaan... " Landasan Kerjayaan Biznes Ini Telah Terbukti Hebat Ikut ajer landasan kerjayaan ini....usah lagi memandai mencipta roda yang lain. BUAT BIAR SAMPAI JADI INTAN JUTAWAN Bersama Group TAIPAN 181KB.......JATUH ...BANGUN.....LAWAN...... ACTION IS POWER

Mutiara Kata

"Kadang-kadang ALLAH Sembunyikan Matahari,DIA Turunkan Hujan,Ribut dan Petir..Kita Bersedih dan Tertanya-tanya Kemana Hilangnya Matahari?? Rupa-rupanya ALLAH nak Hadiahkan Kita PELANGI Yang AMAT INDAH"
"Hidup ini umpama Mesin Pengasah,samada ia menghancurkan anda atau menggilap anda..... Anda sendiri yang menentukannya."
"Laut mati..MATI hanya kerana ia menerima air dan tidak mengeluarkan setitik pun airnya.Ia sembelit dan sesak.Salah satu hukum hidup yang agung ialah hukum peredaran. Sentiasalah mengedarkan kebaikan dan kebaikan akan sentiasa mengedarkan anda."
"Jika kita tidak mampu menjadi garam untuk memasinkan ikan..jangan pula kita menjadi langau untuk merosakkan ikan tersebut."
"Apabila seorang Samurai sejati bertarung,Ia bersedia untuk menghadapi maut, tetapi yang lazimnya lawannyalah yang menemui ajal."
"Mereka yang berjaya sebenarnya lebih banyak gagal daripada yang tidak berjaya...hanya kerana mereka lebih banyak mencuba daripada mereka yang tidak berjaya." ANDA PERCAYA..... ANDA BUAT........ ANDA PASTI BERJAYA!!!

Sydney 2009 - Best

Sydney 2009 - Best

"Tanam Pinang Rapat-Rapat, Supaya Senang Puyuh Berlari; Ku Pinang-Pinang Tak Dapat, Ku Beli Phero-X, Baru Jadi..." Phero-X : Teknik memikat Isteri melalui sains.