MENYELIDIK BUKAN TERUS MENERIMA ATAU MENYEBAR


Sikap paling nyata tidak menepati kehendak al-Quran apabila setiap khabar yang diterima baik melalui surat menyurat, lafaz mulut, SMS, e-mail yang difowardkan, tulisan yang diposkan di ruang siber dan bermacam lagi, diambil bulat-bulat tanpa menyelidik dan lebih parah disebar-sebarkan pula. Berani saya katakan hampir 90% yang menyebarkan khabar-khabar yang mereka terima sebenarnya tidak langsung menyelidik kebenaran khabar tersebut.

Allah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. [al-Hujurat 49:6]

Allah Azza wa Jalla memerintahkan kita untuk menyelidik dahulu setiap perkhabaran yang kita terima kerana ianya boleh jadi tidak benar. Selain itu perlu juga dijelaskan bukti-bukti yang menjadi sandaran bahawa khabar yang akan disampaikan atau disebarkan itu adalah benar bukannya teori-teori atau sangkaan semata. Sebagaimana pengajaran daripada firman Allah yang bermaksud:

Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar. [al-Baqarah 2:111]

Kesan menyebarkan berita yang palsu boleh membawa kepada porak peranda dan menghukum dengan tidak adil. Mungkin ada yang berhujah tiada salahnya menyebarkan sesuatu berita tanpa disemak kerana mungkin berita tersebut benar? Kemungkinan untuk benar itu masih tidak mutlak kerana peluang ianya benar adalah 50% sahaja sedangkan berita yang masih samar-samar kebenaranya tetap berbahaya seperti berita palsu. Apakah kita berani mengambil risiko sekiranya khabar yang disampaikan itu dusta? Allah Azza wa Jalla berfirman:

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu. Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya. [an-Nur 24:14-15]

MENGHUKUM MURTAD

Apabila menerima desas-desus berita berkaitan dengan seseorang murtad, sesat dan seumpamanya maka seharusnya kita sangat berhati-hati sebelum menjatuhkan sebarang hukuman kerana dikhuatiri kerana mulut badan binasa. Sebelum kita berani menghukum individu tertentu kita perlulah jelas kemampuan manusia adalah terbatas dalam menilai kerana kita hanya mampu menilai zahir sesuatu dan selebihnya kita serahkan kepada Allah Azza wa Jalla. Ini pernah dijelaskan di dalam sebuah hadis dari Usamah bin Zaid:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengutuskan kami dalam suatu pasukan. Kami sampai di Al-Huruqat, suatu tempat di daerah Juhainah pada waktu pagi. Aku berjumpa seorang lelaki, lelaki tersebut menyebut La ilaha ilAllah lalu aku menikamnya. Aku menceritakan peristiwa itu kepada Rasulullah.

Rasulullah bertanya dengan sabdanya:
Adakah kamu membunuhnya sedangkan dia telah mengucapkan kalimah syahadat La ilaha ilAllah
Aku menjawab:
Wahai Rasulullah! Sesungguhnya lelaki itu mengucap demikian kerana takutkan hayunan pedang.
Rasulullah bertanya lagi:
Sudahkah engkau membelah dadanya sehingga kamu tahu dia benar-benar mengucapkan Kalimah Syahadat atau tidak?
Rasulullah mengulangi soalan itu kepadaku menyebabkan aku bercita-cita untuk menyerah diri pada ketika itu juga.[ Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim - hadis no: 96]

Hadis di atas menjelaskan bahawa kita tidak mampu menilai iktikad aqidah seseorang selagi mana dia tidak menzahirkan kekufuran. Dalam satu hadis lain pabila Khalid berkata kepada Rasululllah shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa “Berapa banyak orang yang shalat dan berucap dengan lisannya (syahadah) ternyata bertentangan dengan isi hatinya, ” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Aku tidak disuruh untuk meneliti isi hati manusia dan membelah dada mereka. [Dikeluarkan Imam al-Bukhari dan Muslim. Sahih Bukhari - hadis no: 4351 dan Sahih Muslim - hadis no:1064]

Persoalan iktikad adalah hal individu berkenaan dengan Allah Subhana wa Ta’ala dan kita tidak boleh menilai melampui batas dan kemampuan. Penilaian boleh hanya dibuat berdasarkan bukti-bukti atau hujjah-hujjah zahir dan bukannya secara teka-teka. Sekiranya kita ingin menyatakan si fulan itu telah murtad maka kita perlulah mendatangkan bukti yang kukuh bukan sekadar dengan mendengar desas-desus.

Sekiranya tiada bukti yang jelas ataupun kukuh maka adalah lebih baik berdiam diri dan bukannya terus membuat kesimpulan si fulan itu telah murtad, telah kafir dan sebagainya. Perbuatan mengkafirkan individu dengan menyatakan dia telah murtad, sesat dan seumpamanya sewenang-wenangnya bukanlah etika Islam. Bagaimana sekiranya dalam kita menuduh aqidah individu tersebut telah punah namun hakikatnya dia masih Islam? Amaran Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud:

Apabila seseorang mengkafirkan saudaranya, maka ucapan mengkafirkan itu akan kembali kepada salah seorang di antara keduanya iaitu yang berkata atau yang dikata. [Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahihnya - hadis no: 60]

Marilah kita bersama menjaga adab kita dalam berinteraksi dengan apa sahaja khabar, berita, artikel, tulisan dan sebagainya yang sampai kepada kita. Luangkan sedikit masa untuk selidik kebenarannya. Janganlah kerana matlamat baik kita ingin menyampaikan peringatan atau menambah perbincangan telah menyebabkan kita mengingkari perintah Allah. Janganlah kerana seronok berbincang kita mengetepikan contoh tauladan daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

SIASAT SEBELUM MENYEBAR, TELITI SEBELUM MENGHUKUM!

Maksimum VS Optimum = ??


Tersebut sebuah kisah, seorang guru silat memberikan pilihan kepada dua orang anak muridnya, sama ada untuk menggunakan 10 jenis senjata, atau satu sahaja semasa ujian persilatan nanti. Lantas anak murid pertama memilih untuk menggunakan 10 senjata, manakala anak murid kedua hanya memilih satu senjata sahaja.

Namun si guru memberikan satu syarat yang ketat. Kedua-dua mereka perlu memahirkan diri dengan senjata yang dipilih dalam masa dua minggu sahaja. Kedua-dua mereka setuju.

Dipendekkan perjalanan cerita, genaplah tempoh kedua-dua orang anak murid itu berlatih. Masa untuk mereka diuji sudah tiba. Anak murid pertama tadi, masuk ke medan ujian. Lawannya adalah seorang ahli silat yang sudah diiktiraf.

Semasa pertarungan ujian itu, si anak murid itu berganti-gantian menggunakan satu demi satu senjata. Keris, pedang, pisau, parang dan pelbagai lagi (10 jenis kesemuanya). Namun, dirinya gagal jua mengalahkan lawannya itu, hatta sekadar menjatuhkan lawannya. Beliau ‘kecundang’, malah kepenatan…

Kemudian tibalah giliran si anak murid kedua, yang hanya memilih satu senjata sahaja iaitu keris. Lawannya juga adalah seorang ahli silat yang sudah berpengalaman…

Di dalam pertarungan ujian itu, anak murid kedua itu begitu lincah sekali. Pantas, hayunan kerisnya hampir mengenai badan si lawan. Tapaknya utuh, langkahnya mantap, geraknya bergaya dan serangannya bertubi-tubi. Sehinggakan si lawan hanya mampu mempertahankan diri sahaja daripada terus dihunus keris.

Akhir perlawanan, si lawan jatuh terduduk, terkunci rapi dan tidak mampu melakukan apa-apa lagi kerana hunusan keris sudah berada di lehernya. Si anak murid itu menang walaupun hanya menggunakan keris sahaja…

Pelajaran Cerita

Apakah yang saya ingin bawakan melalui cerita di atas? Hanya satu, iaitu fokus kepada satu kekuatan. Apakah kekuatan kita? Penulisan? Suara? Kaki? Tangan? Setiap seorang manusia pasti ada kekuatannya yang utama. Begitu juga kita.

Kelebihan yang ada itu, kita perlu mengasahnya, melatihnya, menggunakannya dan menyintainya sepenuh hati. Amat rugi sekali jika potensi diri atau kekuatan yang satu itu tidak diasah dan diguna pakai untuk meraih kejayaan dan mencapai impian.

Optimum vs Maksimum

Kedua-dua perkataan ini walaupun nampak sama, tetapi bagi saya, ia berbeza. Berdasarkan cerita di atas, pesilat yang menggunakan 10 senjata tewas, kerana dirinya mahu menggunakan jumlah senjata semaksimum mungkin, iaitu 10 jenis senjata. Padahal, ada beberapa senjata yang beliau tidak begitu serasi.

Manakala si pesilat kedua itu pula hanya memilih satu senjata sahaja iaitu keris. Pada asas logik, jika hanya menggunakan satu senjata sahaja tidak cukup dan boleh kalah. Namun pada praktikalnya, ada kelebihannya.

Mengapa dengan hanya menggunakan satu senjata itu boleh menang dengan bergaya?

  1. Beliau memilih keris kerana sejak bertahun-tahun belajar silat, beliau lebih serasi dengan keris. Maka dipilihlah keris untuk sesi ujian tersebut.
  2. Beliau tidak menggunakan banyak senjata, kerana tempoh masa berlatih sebelum ujian hanya dua minggu sahaja. Sedikit sukar untuk memahirkan diri dengan banyak senjata.
  3. Dengan menggunakan satu senjata, minda akan lebih fokus. Ruang untuk berfikir juga terbuka luas.
  4. Tenaga tidak digunakan dengan banyak dengan satu senjata. Maka keletihan tidak begitu ketara.
  5. Dia tahu, lawannya adalah juga anak murid kepada gurunya. Jadi sebahagian besar gerak dan langkah sudah boleh diagak. :lol:
  6. Begitu juga kita, jika mahu berjaya di dalam hidup, tidak semestinya kita perlu melakukan banyak perkara yang di luar bidang atau yang tidak serasi dengan diri. Namun, ia tidak bermakna tidak boleh kerana tiada yang mustahil di dunia ini, melainkan jelas tidak mampu dilakukan oleh manusia.

Jadi cerita silat di atas ingin memberitahu bahawa, apa sahaja yang kita lakukan, walaupun ia hanya satu jenis, satu perkara, namun jika dilakukan secara OPTIMUM (sepenuh hati), kejayaan biasanya pasti akan diraih.

Dan seringkali juga kita melihat, ramai yang kecundang dan kecewa kerana gagal di dalam banyak usaha yang dilakukan. Banyak usaha itu adalah bermaksud, mereka cuba MAKSIMUMkan segala peluang yang ada, tetapi tidak mengoptimumkan usahanya.

Di sini, bukan bermaksud kita tidak boleh melakukan banyak perkara atau usaha. Tetapi yang penting, sejauh mana kita melakukan semua itu dengan SEPENUH HATI?

Di dalam perniagaan internet, tiada guna mengetahui 10 cara promosi atau pemasaran, namun satu pun tidak memberikan impak yang maksima. Sebaliknya, mereka yang fokus kepada satu, atau hanya beberapa kaedah pula, mampu membina kejayaan yang besar.

Fakta dan Realiti:

  1. Ain Maisarah, seorang penulis yang begitu ngetop sekali. Fokus kepada penulisan novel untuk pelajar sekolah. Beliau antara penulis yang berjaya mendapat royalti tertinggi di syarikat penerbitan PTS.
  2. Puan Ainon Mohd., pengasas PTS Publications. Fokusnya pada bidang training (sejak tahun 1988) dan juga penerbitan buku (bermula pada tahun 2000). Berkat fokus dan usahanya, beliau kini adalah seorang jutawan yang disegani dan dihormati ramai.
  3. Abdul Latip Talib, seorang yang amat fokus sebagai penulis. Setakat ini dengan fokusnya, telah menulis lebih daripada 20 buah buku dalam genre sastera Islam (sejarah). Juga di antara penerima royalti tertinggi di PTS.
  4. Mahathir Lokman, kuatnya pada suara. Seorang pengacara majlis yang juga mampu mengalih bahasa. Beliau membina kejayaan hanya dengan suara.
  5. David Beckham dikatakan fokus berlatih menguatkan kaki kanannya.
  6. Tiger Woods fokus kepada kepakaran menghayun kayu golf.
  7. Nicol David. Hidup sukses dengan hanya hayunan raket squash sahaja.
  8. Mark Zuckerberg, CEO (pengasas) Facebook, fokus kepada bidang pengaturcaraan. Nilai bisnes Facebook yang bermula dari bilik tidur hostelnya, kini mencecah berbilion-bilion ringgit.
  9. Dr. Rusly (Chef Li). Juga seorang jutawan. Beliau tekad melakukan bisnes masakan dan fokus kepada bidang pendidikan dengan membuka pusat latihan masakan. Saya juga adalah salah seorang usahawan yang hampir meninggalkan bidang bisnes MLM ini (putus asa), namun kembali bangkit dan terinspirasi setelah membaca salah satu bukunya. (Begitu murninya seorang penulis buku yang baik-baik. Terima kasih.)
  10. Anda yang membaca artikel ini, termasuk saya, apakah kekuatan utama yang difokuskan?

Semoga berjaya dengan kelebihan, kekuatan, bakat dan potensi yang Allah SWT kurniakan tersebut.

Nak Join,Nak maklumat tentang biznes ini ,cadangan, komen atau apa2 yg anda ingin luahkan ..

Contact Form

Saya akan hubungi anda(emel@call)kemudian.. Perkara yang paling sukar dalam perniagaan bukanlah
“Bagaimana Untuk Menjual & Mendapatkan Keuntungan?” tetapi “Bagaimana Untuk Bermula?”….kerana jika tiada permulaan, maka tidak ada perniagaan - Steve Schricoff penulis buku “The Miracle Of Business
APA YANG ANDA LAKUKAN SEKARANG!!!!! Peluang hanya datang dan pergi "Dalam sistem sosial orang cina,anak lelaki adalah pewaris keturunan.Salah satu cara menunjukkan penghormatan kpd kedua ibubapa dan menggangkat mertabat keluarga adalah menjadi kaya.Satu-satunya cara menjadi kaya adalah melalui bidang perniagaan... " Landasan Kerjayaan Biznes Ini Telah Terbukti Hebat Ikut ajer landasan kerjayaan ini....usah lagi memandai mencipta roda yang lain. BUAT BIAR SAMPAI JADI INTAN JUTAWAN Bersama Group TAIPAN 181KB.......JATUH ...BANGUN.....LAWAN...... ACTION IS POWER

Mutiara Kata

"Kadang-kadang ALLAH Sembunyikan Matahari,DIA Turunkan Hujan,Ribut dan Petir..Kita Bersedih dan Tertanya-tanya Kemana Hilangnya Matahari?? Rupa-rupanya ALLAH nak Hadiahkan Kita PELANGI Yang AMAT INDAH"
"Hidup ini umpama Mesin Pengasah,samada ia menghancurkan anda atau menggilap anda..... Anda sendiri yang menentukannya."
"Laut mati..MATI hanya kerana ia menerima air dan tidak mengeluarkan setitik pun airnya.Ia sembelit dan sesak.Salah satu hukum hidup yang agung ialah hukum peredaran. Sentiasalah mengedarkan kebaikan dan kebaikan akan sentiasa mengedarkan anda."
"Jika kita tidak mampu menjadi garam untuk memasinkan ikan..jangan pula kita menjadi langau untuk merosakkan ikan tersebut."
"Apabila seorang Samurai sejati bertarung,Ia bersedia untuk menghadapi maut, tetapi yang lazimnya lawannyalah yang menemui ajal."
"Mereka yang berjaya sebenarnya lebih banyak gagal daripada yang tidak berjaya...hanya kerana mereka lebih banyak mencuba daripada mereka yang tidak berjaya." ANDA PERCAYA..... ANDA BUAT........ ANDA PASTI BERJAYA!!!

Sydney 2009 - Best

Sydney 2009 - Best

"Tanam Pinang Rapat-Rapat, Supaya Senang Puyuh Berlari; Ku Pinang-Pinang Tak Dapat, Ku Beli Phero-X, Baru Jadi..." Phero-X : Teknik memikat Isteri melalui sains.