prinsip Pinjaman






Marilah kita rumuskan apakah prinsip-prinsip tersebut sebelum kita teruskan perbincangan ini:

1. Meminjam untuk sesuatu yang anda perlukan – bukan yang anda mahukan.
2. Meminjam sejumlah duit di dalam kemampuan anda untuk membayar balik
3. Elakkan daripada meminjam untuk membiayai aset yang susut nilai
4. Elakkan Daripada Menjadi Penjamin
5. Si Peminjam Mempunyai Komitmen Moral dan Mutlak Untuk Membayar Balik

Dalam artikel ini, kita akan berbincang mengenai 3 jenis hutang-hutang yang berbeza – agar kita dapat membuat perbandingan diantaranya sebelum “bekawan” dengannya.

Perbezaan diantara “Hutang Baik” dan “Hutang Tak Baik”?

Adakah jenis “Hutang Baik”? Ya, ada. Hutang ini membolehkan beban kewangan dijelaskan sepenuhnya. Meminjam untuk membeli rumah, pendidikan anak-anak, memajukan kemahiran dalam kerjaya, atau memulakan perniagaan sendiri akan membolehkan anda mendapat faedah kewangan jangka panjang.


“Hutang Tak Baik” adalah bila anda meminjam untuk sesuatu yang tidak mendatangkan apa-apa feadah kewangan atau barangan tersebut mempunyai jangka hayat yang lebih singkat daripada jangkamasa pinjaman barangan itu sendiri. Ini termasuklah pinjaman untuk bercuti, membeli pakaian, perabut, barangan rumah atau pun makan luar.

Di dalam proses mengasingkan pekara-perkara negatif berkaitan hutang, kita seringkali beranggapan bahawa berhutang adalah suatu perkara yang tidak berfaedah dan tidak produktif. Semestinya ia tidak benar kerana hutang boleh digunakan secara produktif oleh individu, peniaga mahu pun badan-badan kebajikan.

Untuk lebih memahami, mari kita lihat takrifan hutang yang produktif dan tidak produktif:
· Jika saya meminjam wang untuk beli satu pengalaman atau benda-benda yang tidak boleh saya bayar, dan menambah hutang dengan caj faedah tinggi, saya telah dibebani dengan hutang tidak produktif


· Jika saya meminjam wang untuk memperolehi satu aliran pendapatan yang menyumbang kepada pembayaran balik hutang, seperti pembelian lot kedai untuk disewa (kepada penyewa yang baik, harapnya!), Saya telah menggunakan hutang secara produktif.
· Jika saya meminjam wang menggunakan akaun margin untuk membuat spekulasi ke atas saham “panas” berdasarkan sembang-sembang/gossip, saya telah melibatkan diri dengan hutang yang tidak produktif dan berbahaya. Kesimpulannya, saya akan kehilangan wang (kebiasaanya) dan masih berhutang.

· Jika saya meminjam wang untuk membeli rumah, dan bercadang tinggal di rumah tersebut untuk masadepan yang dijangka, sekurang-kurangnya saya mungkin dapat mencapai “pulang-modal” sepanjang masa melalui peningkatan nilai rumah saya. Dalam mana-mana kes, ia akan menyelamatkan saya dari perlu membayar sewa sekiranya tidak membeli rumah, dengan ini, saya telah berhutang secara produktif.


· Jika saya meminjam wang untuk membeli sebuah kereta baru, dan berhutang lebih daripada 90% nilainya, saya akan terus menjadi tidak menentu dari segi penggunaan hutang jika kereta saya dicuri. Adakah anda sedar yang dalam kebanyakan kes, sebuah kereta susut nilai lebih kurang 1/5th dari nilainya sebaik sahaja bilik pameran ditinggalkan? Sebagai penanggung insurans, mereka hanya membayar nilai pasaran kereta anda pada masa kerugian, kekurangan terpaksa anda tanggung sendiri.

· Jika saya meminjam wang untuk memulakan satu perniagaan sendiri, saya boleh menghapuskan bunga terhadap pendapatan perniagaan saya yang mana boleh memberikan saya penjimatan cukai. Saya boleh juga menggunakan sejumlah pinjaman bagi mengembangkan lagi perniagaan dan ini adalah merupakan hutang produktif.

Pinjaman boleh menjadi produktif, sebagai aktiviti yang menjana kekayaan, atau ia akan menjadi pengalaman sebagai “hamba kepada peminjam”. Bijak pandai menggunakan hutang sebagai alat untuk menjana kekayaan, mendapatkan pengecualian cukai atau membesarkan pengurusan hartabenda. Bagi mereka yang kurang arif, kebiasaannya mereka merasakan yang hutang adalah alat untuk mendapatkan sesuatu yang mereka tiada berupaya mendapatkan melalui tabungan atau kesabaran.

Tidak semua hutang berbentuk tidak produktif. Keupayaan menguruskan kewangan secara berhemah membolehkan kita menjelaskan kadar bunga hutang dan juga membayar pokok nya sekali. Bila kita gunakan kaedah yang sama dalam perniagaan, hasilnya juga adalah sama. Aliran tunai yang dijana daripada hasil pinjaman mestilah mampu mengembangkan aliran pendapatan bagi membolehkan pembayaran balik tuntutan kredit dan pinjaman asal.
Bagaimana Dengan Hutang Jenis Ketiga?

Disebalik usaha-usaha terbaik yang dilaksanakan, anda masih lagi terjerumus dengan masalah hutang yang serius. Ini bukanlah jenis hutang yang anda ingin dapatkan tetapi keadaan tidak dapat dikawal. Ini masa nya yang teruk menjadi lebih teruk dan and terjebak. Tanda-tanda anda terjebak adalah seperti berikut:


· Meminjam lagi untuk membayar pinjaman terdahulu
· Pemiutang sering menggangu anda untuk mendapatkan bayaran
· Membuat bayaran minima untuk kad kredit
· Memaksimakan penggunaan kad kredit
· Meminjam untuk membayar bil-bil biasa
· Sukar mendapatkan pinjaman
· Kawan-kawan dan saudara mara mula menjauhkan diri
· Dan terakhir – simbahan cat merah di dinding rumah anda!

Bagaimanapun, anda belum terlambat dan tidak keseorangan. Bantuan ada berhampiran anda! Nasihat dari agensi kaunseling kredit boleh membantu anda bagi menyediakan pelan penyelesaian diantara anda dan kreditor anda bagi mengurangkan beban hutang anda. Apa yang perlu adalah kesungguhan dan displin diri untuk berubah bagi membolehkan anda menjalani kehidupan yang lebih berhemah.


Pedang Dua Mata

Hutang sememangnya seperti pedang dua mata. Sekiranya menggunakan secara bijak, maka anda dapat meningkatkan kekayaan dan memberikan faedah kewangan jangka panjang. Salah penggunaan, anda bukan saja terluka bahkan luka yang membawa maut! Oleh itu, sebelum anda mula “menghayunkan pedang” anda, pastikan anda tahu pergerakan yang sesuai serta mampu memikul tanggungjawab dari penggunaaan nya.


P/S: Adakah meminjam untuk perniagaan Hai O Marketing sesuatu yang merugikan dan kalau bercerita bab perniagaan semua orang pandai....tetapi hakikatnya....???Jika ini peluang anda...ambil saje....

Nak Join,Nak maklumat tentang biznes ini ,cadangan, komen atau apa2 yg anda ingin luahkan ..

Contact Form

Saya akan hubungi anda(emel@call)kemudian.. Perkara yang paling sukar dalam perniagaan bukanlah
“Bagaimana Untuk Menjual & Mendapatkan Keuntungan?” tetapi “Bagaimana Untuk Bermula?”….kerana jika tiada permulaan, maka tidak ada perniagaan - Steve Schricoff penulis buku “The Miracle Of Business
APA YANG ANDA LAKUKAN SEKARANG!!!!! Peluang hanya datang dan pergi "Dalam sistem sosial orang cina,anak lelaki adalah pewaris keturunan.Salah satu cara menunjukkan penghormatan kpd kedua ibubapa dan menggangkat mertabat keluarga adalah menjadi kaya.Satu-satunya cara menjadi kaya adalah melalui bidang perniagaan... " Landasan Kerjayaan Biznes Ini Telah Terbukti Hebat Ikut ajer landasan kerjayaan ini....usah lagi memandai mencipta roda yang lain. BUAT BIAR SAMPAI JADI INTAN JUTAWAN Bersama Group TAIPAN 181KB.......JATUH ...BANGUN.....LAWAN...... ACTION IS POWER

Mutiara Kata

"Kadang-kadang ALLAH Sembunyikan Matahari,DIA Turunkan Hujan,Ribut dan Petir..Kita Bersedih dan Tertanya-tanya Kemana Hilangnya Matahari?? Rupa-rupanya ALLAH nak Hadiahkan Kita PELANGI Yang AMAT INDAH"
"Hidup ini umpama Mesin Pengasah,samada ia menghancurkan anda atau menggilap anda..... Anda sendiri yang menentukannya."
"Laut mati..MATI hanya kerana ia menerima air dan tidak mengeluarkan setitik pun airnya.Ia sembelit dan sesak.Salah satu hukum hidup yang agung ialah hukum peredaran. Sentiasalah mengedarkan kebaikan dan kebaikan akan sentiasa mengedarkan anda."
"Jika kita tidak mampu menjadi garam untuk memasinkan ikan..jangan pula kita menjadi langau untuk merosakkan ikan tersebut."
"Apabila seorang Samurai sejati bertarung,Ia bersedia untuk menghadapi maut, tetapi yang lazimnya lawannyalah yang menemui ajal."
"Mereka yang berjaya sebenarnya lebih banyak gagal daripada yang tidak berjaya...hanya kerana mereka lebih banyak mencuba daripada mereka yang tidak berjaya." ANDA PERCAYA..... ANDA BUAT........ ANDA PASTI BERJAYA!!!

Sydney 2009 - Best

Sydney 2009 - Best
seks2u 468x60_01

"Tanam Pinang Rapat-Rapat, Supaya Senang Puyuh Berlari; Ku Pinang-Pinang Tak Dapat, Ku Beli Phero-X, Baru Jadi..." Phero-X : Teknik memikat Isteri melalui sains.
Powered By Blogger