Salam Sejahtera ! Semoga anda terus tenang , redha , syukur dan sentiasa menyerah diri sepenuhnya kepada Tuhan Maha Pencipta Pentadbir Sekalian Alam. Syukur Alhamdulillah , dalam meniti perjalanan usia yang masih dianugerahkan Maha Pencipta , kita terus mempelajari banyak perkara baru dari tabiat manusia dan persekitaran alam semesta. Semoga kita sentiasa di anugerahkan hati yang bersih dan tergolong dalam manusia yang budiman.
Hari ini saya ingin berkongsi satu perkara yang penting. Kadangkala kita didatangi beberapa peluang demi peluang. Ada peluang yang mengajak kita mengembangkan pendapatan , ada peluang untuk sambung belajar , ada peluang untuk kita membina kekuatan hati luhur dan pelbagai lagi peluang. Hari ini saya ingin menyentuh tentang PELUANG yang mungkin datang kepada anda dengan mengajak untuk menjadi Kaya atau Menambah pendapatan.
Saya tidak berniat nak menyentuh tentang mengapa kita perlu menjadi kaya dan menambah pendapatan. Dalam konteks perniagaan Hai O Marketing bersama Group taipan 181 yang saya ,isteri dan sahabat-sahabat usahakan sekarang ramai di antara kita telah menerima peluang ini. Dan ada pula yang hanya menerima peluang tetapi tidak di berikan strategi yang betul dan tepat bagaimana untuk bergerak atau mampu mencapai kejayaan dalam perniagaan ini . JESTERU itu Peluang perlu didatangkan dengan Strategi.
Ya ! Saya fikir ramai yang telah MENDAPAT Peluang dan telah di BERITAHU tentang Strategi bagaimana boleh berjaya dalam perniagaan ini. SEBENARNYA ia hanya 1/10 SAHAJA potensi untuk anda berjaya jika anda hanya MENDAPAT PELUANG DAN STRATEGI ini.... Jadi apa lagi yang 9/10 ?
Ya! Yang 9/10 itu InsyaALLAH akan saya sampaikan semasa Bengkel Kunci X yang dijangka akan di langsungkan di Taipan Trainning Center Kota Bharu(TTC181KB) pada bulan Mac 2009. Terlalu ramai yang menumpu kepada menerima PELUANG dan STRATEGI..
Begitu juga TERLALU ramai yang memberi fokus kepada 1/10 punca rezeki berbanding 9/10 punca rezeki adalah dalam bidang perniagaan. Beribu2 orang bekerja hanya untuk mendapatkan 1/10 sahaja sedangkan peluang perniagaan yang ada 9/10 tidak ramai yang melakukannya. Jesteru itu tidak hairan mereka yang melakukan usaha perniagaan mendapat rezeki yang lebih.
Namun mereka dalam perniagaan perlu menempuh 9/10 Ujian dan Dugaan . Jika mereka berjaya menempuhnya , PASTI mereka akan berjaya.
Begitu juga potensi diri kita. Ramai orang menggunakan 1/10 sahaja dari POTENSI , KEKUATAN dan KEHEBATAN potensi diri mereka yang telah di anugerahkan oleh ALLAH. 9/10 lagi mereka tidak meneroka dan menggunakan. Mereka kadangkala hanya kenal 1/10 sahaja potensi yang mereka ada.
Jadi , PELUANG dan STRATEGI bukan hanya untuk diterima tetapi anda perlu melakukan 9/10 lagi bagaimana RAHSIA KUNCI “X” PELUANG dan STRATEGI dapat membantu anda mencapai kejayaan dalam perniagaan ini.
Anda tahu , BLOG ini juga telah menyumbang kepada kekuatan 9/10 saya dalam menjayakan perniagaan ini. Bagaimana orang masuk ke web saya melalui blog ini , orang SMS saya melalui blog ini , orang mendapat maklumat melalui blog ini dan orang membina keyakinan dalam bisnes melalui blog ini....
Peluang......???boring laaa
Nak Join,Nak maklumat tentang biznes ini ,cadangan, komen atau apa2 yg anda ingin luahkan ..
Mutiara Kata
"Kadang-kadang ALLAH Sembunyikan Matahari,DIA Turunkan Hujan,Ribut dan Petir..Kita Bersedih dan Tertanya-tanya Kemana Hilangnya Matahari?? Rupa-rupanya ALLAH nak Hadiahkan Kita PELANGI Yang AMAT INDAH"
"Hidup ini umpama Mesin Pengasah,samada ia menghancurkan anda atau menggilap anda..... Anda sendiri yang menentukannya."
"Laut mati..MATI hanya kerana ia menerima air dan tidak mengeluarkan setitik pun airnya.Ia sembelit dan sesak.Salah satu hukum hidup yang agung ialah hukum peredaran. Sentiasalah mengedarkan kebaikan dan kebaikan akan sentiasa mengedarkan anda."
"Jika kita tidak mampu menjadi garam untuk memasinkan ikan..jangan pula kita menjadi langau untuk merosakkan ikan tersebut."
"Apabila seorang Samurai sejati bertarung,Ia bersedia untuk menghadapi maut, tetapi yang lazimnya lawannyalah yang menemui ajal."
"Mereka yang berjaya sebenarnya lebih banyak gagal daripada yang tidak berjaya...hanya kerana mereka lebih banyak mencuba daripada mereka yang tidak berjaya." ANDA PERCAYA..... ANDA BUAT........ ANDA PASTI BERJAYA!!!