Erti sebenar kebahagiaan dan kegembiraan

Manusia memang senantiasa mencari jalan untuk mencapai kebahagiaan sejak

zaman prasejarah lagi. Pada pendapat saya, kebahagiaan merupakan kunci

kepada pintu kegembiraan. Umat manusia tidak berhenti-henti memburu serta

mengejar kejayaan, cinta sejati, kekayaan dan kegemilangan di muka bumi ini.

Akan tetapi, kebahagiaanlah yang benar-benar kita kejarkan akhirnya.

Kebanyakan daripada kita percaya bahawa memiliki kekayaan, kecantikan,

kesihatan dan benda-benda material yang lain dapat membawa kegembiraan

kepada kita. Ini adalah TIDAK BENAR!

Kebahagiaan dan kegembiraan tidak bergantung langsung kepada benda-benda

tersebut kerana ianya tidak abadi. Kebahagiaan memang tidak boleh bergantung

kepada kebendaan.

Bagi saya, kegembiraan bukan memiliki sebuah banglo yang besar, kegembiraan

bukan mempunyai RM10,000,000 di dalam akaun bank saya, kegembiraan bukan

menjadi insan yang paling kacak di dunia, kegembiraan bukan menjadi orang

yang paling kuat di dunia.

Kegembiraan tidak ada kaitan langsung dengan unsur kebendaan.

Jadi, apakah erti kebahagiaan yang sebenar?

Kebahagiaan datang daripada diri anda sendiri. Ianya dari batiniah seseorang.

KESYUKURAN merupakan kunci sebenar untuk mencapai kebahagiaan dan

kegembiraan. Selagi anda berasa bersyukur, selagi itulah anda berasa bahagia

dan gembira.

Wang yang banyak atau kekayaan tidak akan membuat anda bahagia dan

gembira kecuali anda bersyukur dengan segala rezeki dan keuntungan halal yang

anda peroleh daripada yang Maha Esa.

Sekali lagi, kebahagiaan dan kegembiraan datang daripada batin anda.

Satu lagi contoh. Jika anda tidak berasa bersyukur terhadap kesempurnaan pada

diri anda, anda tidak mungkin berasa gembira dengan kecantikan atau kekacakan

anda. Orang yang cacat anggota mungkin akan berasa lebih bahagia daripada

anda sekiranya mereka bersyukur kepada segala-gala yang dikurniakan oleh

tuhan kepada mereka.

Mungkin mereka dilahirkan bisu, tetapi mereka masih boleh hidup dengan lebih

gembira daripada manusia biasa sekiranya mereka bersyukur kepada tuhan yang

mengurniakan mereka sepasang mata yang membolehkan mereka melihat dunia

yang penuh dengan keindahan ini.

Kesyukuran merupakan perasaan yang paling menakjubkan yang dapat dirasai

oleh manusia.

Di sini, saya ingin berkongsi sebuah cerita dengan anda.

Seorang tua yang berusia 88 tahun, pendek, kelihatan segak, dimasukkan ke

rumah orang tua pada hari ini.

Isterinya yang berusia 79 baru meninggal dunia dan dia meninggalkan rumahnya

dengan penuh kesyukuran. Selepas beberapa jam menunggu di lobi, beliau

tersenyum mesra apabila namanya dipanggil dan diberitahu bahawa biliknya

sudah disediakan.

Sedang beliau berjalan perlahan-lahan ke lif dengan menggunakan tongkatnya,

seorang sukarelawan menggambarkan keadaan biliknya kepada orang tua itu,

termasuk sehelai kain yang digantungkan pada tingkap yang digunakan sebagai

langsir.

“Saya amat menyukainya.” Kata orang tua itu kepada sukalerawan tersebut

dengan kegairahan seorang budak berumur 8 tahun yang baru menerima

binatang peliharaannya.

“Tapi… encik masih belum melihat bilik tersebut. Sebentar lagi kita akan sampai.”

“Ianya tiada kaitan denga bilik itu”, jawabnya, “Kegembiraan merupakan suatu

pilihan yang kita buat. Perabot-perabot serta hiasannya bukan faktor yang

menentukan keputusan saya untuk menyukai bilik tersebut.

Sebaliknya ia adalah keputusan saya untuk memilih bagaimana saya hendak

menilainya. Saya sudah bercadang untuk menyukai bilik tersebut dalam minda

saya sebelum saya sampai. Ia merupakan suatu pilihan yang perlu saya buat

setiap pagi selepas saya bangun dari tidur.”

Beliau meneruskan lagi, “Saya sentiasa mempunyai pilihan. Saya boleh memilih

untuk merungut tentang kesakitan pada bahagian-bahagian badan saya ataupun

saya boleh bangun dan bersyukur kepada yang Maha Esa kepada semua bahagian

badan saya yang masih lagi berfungsi.

Setiap hari yang baru merupakan kurniaan daripada tuhan dan saya akan

memenuhkan hari saya dengan kenangan manis yang saya kumpulkan sepanjang

hidup saya.

Hari tua umpama akaun bank. Kita keluarkan kemudian apa yang kita simpankan

dahulu.”

--- CERITA TAMAT ---

Ingat dan aplikasikan panduan ini untuk mencapai kebahagiaan serta

kegembiraan dalam hidup anda.

1. Bebaskan hati anda daripada kebencian.

2. Bebaskan minda anda daripada kerisauan.

3. Beri Lebih.

4. Jangan terlalu harapkan balasan.

Semoga kegembiraan dan kebahagiaan sentiasa bersamamu.

KEJAYAAN...KEJAYAAN...


p/s: thanks Che Din & Kak TINI....sudah ku jumpa sesuatu...CDM2009 pasti milikku..ia bukan sekadar impian

Nak Join,Nak maklumat tentang biznes ini ,cadangan, komen atau apa2 yg anda ingin luahkan ..

Contact Form

Saya akan hubungi anda(emel@call)kemudian.. Perkara yang paling sukar dalam perniagaan bukanlah
“Bagaimana Untuk Menjual & Mendapatkan Keuntungan?” tetapi “Bagaimana Untuk Bermula?”….kerana jika tiada permulaan, maka tidak ada perniagaan - Steve Schricoff penulis buku “The Miracle Of Business
APA YANG ANDA LAKUKAN SEKARANG!!!!! Peluang hanya datang dan pergi "Dalam sistem sosial orang cina,anak lelaki adalah pewaris keturunan.Salah satu cara menunjukkan penghormatan kpd kedua ibubapa dan menggangkat mertabat keluarga adalah menjadi kaya.Satu-satunya cara menjadi kaya adalah melalui bidang perniagaan... " Landasan Kerjayaan Biznes Ini Telah Terbukti Hebat Ikut ajer landasan kerjayaan ini....usah lagi memandai mencipta roda yang lain. BUAT BIAR SAMPAI JADI INTAN JUTAWAN Bersama Group TAIPAN 181KB.......JATUH ...BANGUN.....LAWAN...... ACTION IS POWER

Mutiara Kata

"Kadang-kadang ALLAH Sembunyikan Matahari,DIA Turunkan Hujan,Ribut dan Petir..Kita Bersedih dan Tertanya-tanya Kemana Hilangnya Matahari?? Rupa-rupanya ALLAH nak Hadiahkan Kita PELANGI Yang AMAT INDAH"
"Hidup ini umpama Mesin Pengasah,samada ia menghancurkan anda atau menggilap anda..... Anda sendiri yang menentukannya."
"Laut mati..MATI hanya kerana ia menerima air dan tidak mengeluarkan setitik pun airnya.Ia sembelit dan sesak.Salah satu hukum hidup yang agung ialah hukum peredaran. Sentiasalah mengedarkan kebaikan dan kebaikan akan sentiasa mengedarkan anda."
"Jika kita tidak mampu menjadi garam untuk memasinkan ikan..jangan pula kita menjadi langau untuk merosakkan ikan tersebut."
"Apabila seorang Samurai sejati bertarung,Ia bersedia untuk menghadapi maut, tetapi yang lazimnya lawannyalah yang menemui ajal."
"Mereka yang berjaya sebenarnya lebih banyak gagal daripada yang tidak berjaya...hanya kerana mereka lebih banyak mencuba daripada mereka yang tidak berjaya." ANDA PERCAYA..... ANDA BUAT........ ANDA PASTI BERJAYA!!!

Sydney 2009 - Best

Sydney 2009 - Best
seks2u 468x60_01

"Tanam Pinang Rapat-Rapat, Supaya Senang Puyuh Berlari; Ku Pinang-Pinang Tak Dapat, Ku Beli Phero-X, Baru Jadi..." Phero-X : Teknik memikat Isteri melalui sains.
Powered By Blogger