Kenapa Masih Belum Berjaya....??????

Tentu ramai di antara kita yang selalu tertanya-tanya kenapakah masih belum mencapai kejayaan? Definisi “kejayaan” mungkin berbeza mengikut pandangan kita masing-masing. Ada yang merasakan dia sudah berjaya apabila berjawatan tinggi dalam jabatan tertentu. Ada pula yang menganggap kejayaan ialah apabila mempunyai pendapatan tinggi setiap bulan atau setiap tahun. Tidak kurang pula yang mengatakan kejayaan ialah apabila seseorang itu bergelar jutawan. Kejayaan berkait rapat dengan matlamat. Kejayaan itu kulit sementara matlamat pula adalah isinya. Kejayaan itu penampilan diluar, matlamat pula ialah apa yang dimiliki. Seseorang itu dilihat sebagai “berjaya” dan menampilkan imej “kejayaan” jika sudah mencapai matlamat dalam hidupnya. Dari perspektif Islam pula “kejayaan” ialah mencapai redha Allah di dunia dan akhirat.

Namun saya ingin mencadangkan pembaca semua agar cuba bertanyakan kepada kawan-kawan atau keluarga atau sesiapa sahaja, “mahukah anda berjaya dalam hidup?”, selepas itu tanyakan lagi “berjaya itu apa?” dan lagikejayaan apa yang anda mahu?”. Kemudian cuba tanyakan kepada orang lain pula.

Mungkin anda akan tersenyum keseorangan selepas itu apabila memikirkan ramai yang hendak berjaya dalam hidup, tapi mereka sendiri masih kabur, kejayaan apakah sebenarnya yang mereka mahukan. Mungkin juga perkara ini melibatkan diri anda sendiri..? Tak percaya? Cubalah tanya…

Apa yang penting ialah anda bertanyakan pada diri anda sendiri, adakah anda sudah berjaya dalam hidup dan jika masih belum mengecapi kejayaan yang sangat manis rasanya itu, anda patut merenungkan di mana silapnya. Mungkin ada patutnya anda menimbangkan faktor-faktor yang berikut:

Tidak Mempunyai Matlamat (Tidak Tahu/Pasti Apa Yang Dingini)

Tanya lah pada diri anda sendiri apakah yang anda mahukan dalam hidup ini. Anda patut mengasihani diri anda jika anda tidak tahu atau tidak pasti apa yang sebenarnya anda mahukan. Orang yang tidak tahu apa yang diinginkan dalam hidup ialah orang yang tidak mempunyai matlamat. Mereka biasanya mempenjalani kehidupan yang biasa. Celik mata pergi kerja, petang balik, duduk dirumah tengok tv, cukup bulan dapat gaji, berterusan begini sehingga sampai hari terakhir di dunia. Sedih… Oleh itu anda mesti mempunyai matlamat hidup. Anda mesti tahu apa yang anda inginkan barulah anda boleh berjaya mencapainya.

Bagi yang mereka yang tidak tahu apa yang diinginkan dalam hidup saya mencadangkan agar ambil sehelai kertas dan pen, kemudian tanya diri sendiri; “jika di dunia ini tidak wujud sebarang halangan, apakah yang ingin aku miliki dalam hidup ini?”. Anda mungkin terbayang gambaran kereta mewah, rumah banglo yang besar atau mungkin juga sterika baru, blender atau sehelai baju baru. Tuliskan sahaja apa yang terlintas di fikiran tidak kira berapa banyak. Mungkin anda juga ingin mempertimbangkan apakah yang ingin anda jadi, sebagi contoh, mendapat anugerah pekerja cemerlang, naik pangkat, menjadi pensyarah universiti, saintis, cikgu, pelukis terkenal, pengarang buku, usahawan berjaya, menjadi jutawan, suami dan bapa yang baik, wakil rakyat atau pun seorang Perdana Menteri. Tuliskan apa sahaja yang menjadi keinginan anda, lupakan sekejap faktor halangan. Tuliskan… Tuliskan… Ini bertujuan untuk memecahkan kebekuan otak dan imaginasi yang sekian lama diracuni persekitaran yang negatif.

Setelah siap senarai tersebut, bolehlah anda memotong mana-mana perkara yang anda fikir kurang penting. Nah.. Sekarang anda telah pun mempunyai matlamat yang hendak dicapai dalam hidup. Apa yang perlu dilakukan seterusnya berusahalah bersungguh-sunguh mencapai matlamat yang telah anda tetapkan.

Matlamat Yang Tidak Tetap

Menembak sasaran yang tetap adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan sasaran yang bergerak, dan bukankah kita mesti menghalakan kanta pembesar secara tetap di bawah cahaya matahari tanpa mengalih-alih barulah dapat menimbulkan pembakaran? Begitu juga dengan matlamat. Sekejap nak jadi cikgu, kejap nakjadi usahawan. Lepas tu tukar pulak nak jadi polis, kemudian nak jadi ahli bomba, akhirnya tukar pulak nak jadi pakar forensik sebab tengok cerita CSI. Sentiasa berubah cita-cita. Sebab tu lah sukar untuk mencapainya. Tetapkan suatu impian atau cita-cita yang padu, kemudian jangan berhenti berusaha sehingga berjaya. Biarlah walau orang mengatakan anda terlalu obsessed dengan apa yang anda lakukan. Ingatlah, Isaac Newton juga obsessed, Albert Einstein juga obsessed, dan Stephen Hawkins pun obsessed dengan apa yang mereka lakukan, namun hasil kerja mereka menggemparkan dunia.

Matlamat Yang Tidak Jelas

Sebagai contoh, anda menetapkan matlamat “ingin berjaya” atau “ingin jadi kaya”. Ini suatu matlamat yang tidak jelas. Tidak spesifik. Sesuatu matlamat mestilah spesifik. Contohnya, “aku ingin menjadi seorang ahli kimia” atau “mendapat pendapatan bulanan RM 5,000″ atau “memiliki 4 orang isteri”. Mesti jelas. Mesti spesifik dan yang penting ialah minda anda dapat menggambarkan matlamat anda. Matlamat yang tidak jelas tidak akan membawa anda kemana-mana, manakala matlamat yang jelas dan spesifik akan mendorong anda merancang dan bertindak untuk maju ke hadapan langkah demi langkah sehingga berjaya mencapainya. Jangan tetapkan matlamat yang kabur.

Tidak Menetapkan Jangka Masa

Jika anda tidak menetapkan bilakah anda mahu matlamat anda tercapai, anda seolah-olah tidak peduli sama ada apa yang anda inginkan itu tercapai atau tidak. Jika anda hanya menetapkan matlamat, tetapi tidak menetapkan bilakah ianya mesti dicapai, biasanya anda tidak akan berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan itu. Anda mesti berusaha dalam ruang waktu yang terancang. Sedangkan hidup kita ini pun Tuhan tetapkan berapa umurnya. Jadi jangan abaikan faktor masa. Sebagai contoh, seorang kawan mengajak anda berjumpa di kedai mamak untuk minum teh tarik pada hari ini pukul 6 petang. Tentulah sekitar pukul 6 anda sudah tercongok di kedai mamak menunggu kedatangan kawan anda. Namun jika kawan tersebut tidak memaklumkan pukul berapa hendak bertemu, sudah tentu anda tidak mengambil apa-apa tindakan sebelum kawan tersebut menghubungi anda semula memberitahu pukul berapakah hendak berjumpa.

Samalah keadaannya dalam menetapkan matlamat. Jika tidak ada jangka masa yang tertentu, sudah tentu anda tidak terdorong untuk melaksanakan apa-apa tindakan yang perlu untuk berjaya mendapatkan matlamat yang telah ditetapkan, kerana kita cenderung untuk menangguhkan pekerjaan yang sepatutnya dilaksanakan. Jadi tetapkan suatu tarikh bilakah cita-cita anda itu mesti dicapai.

Matlamat Tidak Realistik

Matlamat yang tidak realistik dan tidak praktikal biasanya hanya akan sia-sia. Contoh matlamat yang tidak realistik ialah; “hendak menjadi Ultraman dan berjuang menentang raksasa yang membuat kacau di muka bumi”. Namun jika anda menukarkan matlamat itu menjadi “ingin menjadi pelakon filem Ultraman yang menentang raksasa di bumi” maka ini suatu matlamat yang realistik dan tidak mustahil untuk anda berjaya.

Walaubagaimana pun harus diingat bahawa sama ada realistik atau tidak, mustahil atau tidak sesuatu matlamat itu kadang-kadang bergantung kepada kepercayaan diri sendiri. Contohnya, cuba kenang kembali kisah adik-beradik Wright yang cuba merealisasikan impian untuk terbang di udara. Kerana “idea mustahil” merekalah wujudnya kapal terbang pada hari ini. Atau kisah Thomas Alva Edison yang tabah menempuh ribuan kegagalan hanya untuk mencipta sebiji mentol lampu filamen yang belum wujud pada masa itu. Oleh kerana itulah anda harus bijak menilai sesuatu sebelum menganggap ianya mustahil, kerana kadang-kadang sesuatu matlamat itu terpulanglah kepada anda untuk membuktikan sama ada ianya mustahil atau sebaliknya. Dan kadang-kadang perkara yang kita anggap mustahil pada hari ini, tiba-tiba dijayakan oleh orang lain pada keesokan hari.

Tidak Yakin

Adakah anda akan berusaha untuk menjayakan suatu perkara yang anda tidak yakin akan berjaya? Sudah tentu tidak, dan kalau usaha pun mungkin tidak sepenuh hati. Maka apabila anda tidak berusaha adakah anda akan berjaya mencapai keinginan? Orang yang percaya bahawa dia akan berjaya mencapai matlamatnya, sudah tentu akan terus berusaha sehingga berjaya, tanpa mengira berapa kali kegagalan yang telah ditempuhi. Kerana “percaya” lah kita tetap mengorak langkah demi langkah, mengkaji dan mencuba dengan cara yang berlainan, untuk mencapai apa yang diidamkan. Kerana “percaya” lah kita akan terdorong untuk berfikir, merancang, dan seterusnya bertindak untuk mencapai kejayaan.

Orang yang tidak yakin pada kemampuan diri ialah orang yang berjiwa lemah, sementara orang yang mempunyai keyakinan, otaknya akan aktif berfikir berbagai cara dan ikhtiar bagi membolehkan matlamat dicapai. Anda mesti yakin sekiranya mahu berjaya mencapai matlamat. Ada pepatah mengatakan bahwa; kamu masih berbolak balik tentang percaya, sedangkan si polan dengan setitik kepercayaan sudah sampai kemana-mana. Percayalah bahawa dengan bantuan dari Tuhan anda boleh berjaya. Dan jika Tuhan disamping anda, apakah lagi yang boleh mengahalang anda dari berjaya?

Tidak Cukup Ilmu

Salah satu dari kelemahan kita ialah sikap malas untuk menimba ilmu dan pengetahuan yang baru. Kadang-kadang kita tenggelam dalam kebodohan sendiri dengan merasakan ilmu yang ada sudah cukup, tanpa menyedari bahawa itu cuma buaian keangkuhan dan kejumudan yang mewarnai fikiran kita.

Ramai orang memberhentikan usaha mereka di pertengahan jalan kerana menurut pertimbangan ilmu yang mereka miliki matlamat yang diusahakan itu adalah mustahil untuk dijayakan. Mereka tidak menyedari bahawa punca sebenar kegagalan mereka ialah kurangnya ilmu atau kemahiran dalam sesuatu bidang yang mereka usahakan. Jika anda betul-betul mahu berjaya anda sepatutnya tidak jemu-jemu mengumpulkan maklumat, timba ilmu sebanyak mungkin dan sentiasa mempertajamkan kemahiran supaya anda mempunyai pengetahuan yang cukup luas dalam bidang yang diusahakan. Belajar dan terus belajar…

Bidang Yang Diceburi Tidak Sesuai(betul kee)

Seharusnya anda mengenali diri sendiri. Anda mesti tahu bidang kecenderungan atau minat dan juga kemahiran. Adakah anda akan cemerlang sebagai seorang pemuzik sedangkan minat, kecenderungan serta bakat yang anda miliki adalah dalam bidang sukan bolasepak? Tetapi anda dengan mudah boleh menjadi pemain bolasepak terkenal atau jurulatih yang masyhur. Jadi, kenalilah diri sendiri dan kenalpasti minat dan kecenderungan serta bakat anda supaya anda tidak silap dalam memilih bidang untuk diceburi. Kejayaan juga akan menjadi lebih mudah untuk diraih.

Tidak Menyusun Rancangan

Pepatah Inggeris mengatakan; if you fail to plan, you plan to fail. Ramai dari kita masih lemah dalam menyusun strategi dan perancangan yang rapi. Suatu pekerjaan yang dilakukan dengan tidak ada perancangan yang tersusun tentulah tidak akan memberikan hasil yang memuaskan. Sebagai contoh, anda ingin membuka sebuah cybercafe yang memberikan perkhidmatan internet kepada orang ramai. Jumlah modal, sewa kedai, bil elektrik, gaji pekerja, ansuran bulanan komputer, jumlah pelanggan, jangkaan keuntungan, perolehan kasar setiap hari, kos penyelenggaraan, itu semua mesti diambil kira. Jika anda memulakan perniagaan secara hentam kromo pasti belum sempat breakeven perniagaan anda lingkup.

Jika anda membuat perancangan yang tersusun rapi termasuk lokasi, kumpulan sasaran pelanggan, anggaran jumlah pelanggan, anggaran kos, masa operasi, anggaran jualan, keuntungan dan sebagainya, pasti perniagaan anda berjalan dengan lancar dan memberikan hasil yang tidak jauh bezanya dengan perancangan yang telah disusun. Oleh itu anda mesti menyediakan suatu rancangan atau pelan tindakan yang berjadual mengenai apa yang perlu anda lakukan, untuk mencapai objektif anda.

Tidak Konsisten Dan Tiada Disiplin Diri

Perancangan yang teliti dan strategi yang hebat tidak akan berguna jika anda tidak bertindak mengikut apa yang dirancang, atau kadang-kadang buat, kadang-kadang tak buat. Maka matlamat anda pun bersifat kadang-kadanglah.

Ini melibatkan soal disiplin diri. Biasakan diri anda mengikut jadual dan perancangan. Kenapakah Tuhan telah memerintahkan agar kita bersolat mengikut waktu yang telah ditetapkan? Salah satu hikmahnya ialah untuk mendisiplinkan diri kita supaya mengikut jadual-jadual yang tertentu. Kenapa mesti solat setiap hari? Kerana untuk membentuk sifat istiqomah (konsisten) dalam melaksanakan sesuatu tugas.

Jarang Berdoa

Manusia sebagai hamba kepada Tuhan sepatutnya menyedari kebergantungan kita kepada Pencipta. Jangan kita berlaku sombong seolah-olah kita boleh hidup sendiri tanpa kurnia dan pertolongan dariNya. Kadang-kadang Tuhan belum mengurniakan kejayaan yang kita idam-idamkan kerana ingin menyedarkan kita akan kekuasaanNya dan betapa kita ini sebenarnya sangat perlu kepada bantuan dan pemberian Tuhan. Mungkin juga Dia ingin menyedarkan kita akan “kewujudanNya” serta “penguasaanNya” atas tiap-tiap sesuatu, yang mana jika seseorang berusaha sekuat mana pun, masih belum berjaya jika belum diizinkan Tuhan untuk berjaya.

Dalam keadaan kita yang sangat memerlukan pertolongan dan kurnia Tuhan kenapakah kita masih sombong dan mempertahankan keegoan diri dengan enggan meminta dariNya? Bukankah kita ini dijadikan oleh Tuhan, diberikan rezeki olehNya dan hidup di bumi milikNya? Jadi kenapa kita bersikap angkuh dengan berusaha sendirian tanpa meminta kurnia dan pertolongan Tuhan? Manusia semakin dipinta-pinta semakin benci dia kepada kita, tetapi Tuhan semakin dirayu dan dimohon semakin kasih Dia kepada kita, dan Tuhan telah berjanji untuk memperkenankan permohonan hamba-hambaNya.

Sentiasalah berdoa kepada Tuhan walau dalam kesenangan mahupun kesusahan.

Nak Join,Nak maklumat tentang biznes ini ,cadangan, komen atau apa2 yg anda ingin luahkan ..

Contact Form

Saya akan hubungi anda(emel@call)kemudian.. Perkara yang paling sukar dalam perniagaan bukanlah
“Bagaimana Untuk Menjual & Mendapatkan Keuntungan?” tetapi “Bagaimana Untuk Bermula?”….kerana jika tiada permulaan, maka tidak ada perniagaan - Steve Schricoff penulis buku “The Miracle Of Business
APA YANG ANDA LAKUKAN SEKARANG!!!!! Peluang hanya datang dan pergi "Dalam sistem sosial orang cina,anak lelaki adalah pewaris keturunan.Salah satu cara menunjukkan penghormatan kpd kedua ibubapa dan menggangkat mertabat keluarga adalah menjadi kaya.Satu-satunya cara menjadi kaya adalah melalui bidang perniagaan... " Landasan Kerjayaan Biznes Ini Telah Terbukti Hebat Ikut ajer landasan kerjayaan ini....usah lagi memandai mencipta roda yang lain. BUAT BIAR SAMPAI JADI INTAN JUTAWAN Bersama Group TAIPAN 181KB.......JATUH ...BANGUN.....LAWAN...... ACTION IS POWER

Mutiara Kata

"Kadang-kadang ALLAH Sembunyikan Matahari,DIA Turunkan Hujan,Ribut dan Petir..Kita Bersedih dan Tertanya-tanya Kemana Hilangnya Matahari?? Rupa-rupanya ALLAH nak Hadiahkan Kita PELANGI Yang AMAT INDAH"
"Hidup ini umpama Mesin Pengasah,samada ia menghancurkan anda atau menggilap anda..... Anda sendiri yang menentukannya."
"Laut mati..MATI hanya kerana ia menerima air dan tidak mengeluarkan setitik pun airnya.Ia sembelit dan sesak.Salah satu hukum hidup yang agung ialah hukum peredaran. Sentiasalah mengedarkan kebaikan dan kebaikan akan sentiasa mengedarkan anda."
"Jika kita tidak mampu menjadi garam untuk memasinkan ikan..jangan pula kita menjadi langau untuk merosakkan ikan tersebut."
"Apabila seorang Samurai sejati bertarung,Ia bersedia untuk menghadapi maut, tetapi yang lazimnya lawannyalah yang menemui ajal."
"Mereka yang berjaya sebenarnya lebih banyak gagal daripada yang tidak berjaya...hanya kerana mereka lebih banyak mencuba daripada mereka yang tidak berjaya." ANDA PERCAYA..... ANDA BUAT........ ANDA PASTI BERJAYA!!!

Sydney 2009 - Best

Sydney 2009 - Best
seks2u 468x60_01

"Tanam Pinang Rapat-Rapat, Supaya Senang Puyuh Berlari; Ku Pinang-Pinang Tak Dapat, Ku Beli Phero-X, Baru Jadi..." Phero-X : Teknik memikat Isteri melalui sains.
Powered By Blogger