Assalammualaikum dan salam sejahtera,
“Saya hendak tunjukkan Fadzli sesuatu yang menarik” Kemudian dia mengeluarkan beberapa keping kertas yang difotastat dan berkata “Setiap hari, saya merancang kewangan saya dengan kertas-kertas ini”
Saya mengangkat kening dan bertanya semula, “Setiap hari?” Beliau menjawab , “Ya, setiap hari. Lebih kurang sepuluh minit, saya teliti semula perbelanjaan harian saya dan dokumenkan di atas kertas ini”
“Apabila kita mahukan sesuatu, kita kena melakukan sesuatu dengan konsisten. Hendaklah luangkan masa setiap hari dan itulah yang saya lakukan”
“Ramai orang mahu menjadi jutawan, tetapi tidak ramai yang ingin berkorban masa menuju ke arah itu. Menjadi jutawan tidaklah mustahil jika kita melakukan apa yang jutawan lakukan”
Satu ungkapan dan nasihat yang menarik daripada Azizi Ali kepada penulis Fadzli Yusof didalam buku “Kuasa Hijrah, Kuasa Untuk Berubah”
Bolehlah kita ambil sedikit pengajaran disini