Tiga perkataan yang mempunyai sebutan yang sama (hampir) tetapi berbeza maksudnya. Bagaimanapun ia tetap mempunyai kaitan di antara satu sama lain apabila saya memperjelaskan setiap perkataan tersebut di bawah ini.
DUIT adalah simbol kekayaan. Ia adalah pengganti nilai atau alat penukaran yang digunakan dalam sistem masyarakat hari ini. Banyak duit sama maksudnya dengan dia orang kaya. Tidak ada duit pula membawa maksud ia orang miskin. Walaupun duit bukan simbol mutlak tentang kekayaan kerana terdapat simbol-simbol lain yang menunjukkan kekayaan seseorang seperti tanah, rumah besar, kereta besar dan sebagainya. Duit adalah simbol tertinggi yang boleh menjadi pengukur kepada tahap kekayaan seseorang individu.
Manakala, D.U.I.T pula boleh saya pecahkan seperti berikut;
D= Doa U= Usaha I= Iman T= Tawakal
Yang mana, DOA adalah permintaan atau permohonan yang selalu kita maksudkan memohon kepada Allah SWT iaitu pencipta manusia itu sendiri. Dalam masyarakat kita, doa selalu dimaksudkan sebagai satu permohonan yang kita lakukan pada masa-masa yang tertentu dan cara (ritual) yang tertentu. Walaupun DOA itu mempunyai maksud yang sangat luas. Saya ada menyentuh maksud doa dalam buku kedua saya iaitu “Tarik Kekayaan dengan KUASA MINDA”.
USAHA adalah apa yang anda lakukan. Ia selalu dimaksudkan dengan kerja-kerja fizikal yang kita lakukan untuk kita mendapatkan sesuatu pekara atau keinginan kita. Bak kata orang-orang tua, “tanpa usaha, macam mana engkau nak dapat apa yang engkau inginkan..?”
IMAN pula lebih luas. IMAN adalah percaya dan yakin. Dalam Islam, IMAN adalah pekara pokok. Ia adalah apa yang anda PERCAYA dan YAKIN dengan pegangan anda.
Manakala
TAWAKAL pula adalah anda redha atau berserah kepada Allah SWT ke atas apa-apa pekara yang anda alami. Bagaimana anda menyerahkan kepada Allah setiap apa yang telah anda usahakan atau lakukan.Seterusnya, adalah “Do it”. Maksudnya, lakukan ataupun bertindak. Itu maksud paling mudah.Jadi apakah kaitan antara ketiga-tiga perkataan itu?
Mudah sahaja… pada saya, nak dapat duit mesti ada D.U.I.T dan “Do it”. Tanpa keduanya, anda tidak akan mendapat dan menerima duit. Maksudnya, jika anda mahukan duit, anda perlulah berDOA, berUSAHA, PERCAYA (IMAN) yang betul tentang duit dan kekayaan dan seterusnya berTAWAKAL dengan segala usaha anda.
Dan yang penting; “Do it!”. Jika anda masih termenung tanpa melakukannya, duit tidak akan datang pada anda…berTINDAK SEKARANG!

p/s : tengah "do it" hai o bersama group taipan 181.......RM 1 dlm poket pun pergi jumpa prospek .......huhuhuhu, (jgn tabur pasir dlm periuk nasi aku lg) ........CDM 2009 - pasti...