Kenapa orang sering tidak suka dengan anda? Tidak ramai orang yang mahu berkawan dengan anda. Bukan kerana anda miskin. Atau anda berwajah hodoh. Tak lain kerana sikap anda!
Sikap menentukan siapa diri kita sebenar. Sikap ialah tabiat semula jadi kita, darah daging kita. Kita tidak dapat berbohong dengan sikap kita sendiri. Sikap kita sentiasa terserlah apabila kita berhadapan dengan orang lain.
Sekarang anda cuba bina sikap yang baik dengan semua orang. Jangan bertahan dengan sikap tamak dan buruk kita. Jangan bertahan dengan dunia yang sedikit yang tidak mampu dibawa ke mana-mana. Dunia yang sedikit tidak mampu pun untuk menyelamatkan kita dari sakit, lebih-lebih lagi dari mati. Dunia yang sedikit tidak mampu menahan kita dari menjadi tua, lemah dan tidak berdaya: fizikal dan mental.
Jadi juallah dunia ini untuk menjadi orang yang disukai orang lain. Bagaimana?
1. Utama kepentingan orang lain. Diri kita kemudian.
2. Senyum dengan semua orang. Tegur dan sapa mesra mereka.
3. Belanja orang lain makan atau minum.
4. Jemput orang ke rumah. Jangan rendah diri dengan keadaan rumah kita yang sederhana.
5. Beri hadiah pada orang walaupun barangan yang murah harganya.
6. Beri nasihat yang baik kepada orang, walaupun diri kita tak sebaik mana.
7. Memahami "body language - bahasa badan" yang diisyaratkan orang kepada kita. Jangan buat-buat tak faham.
8. Merendah diri. Pepatah Melayu ada menyatakan: "Ular menyusur akar takkan hilang bisanya." Diri anda tak kurang apabila anda merendah diri. Malah orang lebih suka.
9. Buat baik dengan kanak-kanak, orang tua, orang miskin dan mangsa bencana alam.
10. Kurangkan menggunakan perkata 'aku'. Lebih gunakan perkataan 'kita'.
11. Jangan membawa kereta dengan laju di kawasan orang ramai.
12. Elakkan "favour" untuk diri sendiri. Banyakkan "favour" untuk orang lain.
13. Jangan sakitkan hati orang lain.
14. Jangan ada niat dalam hati untuk susahkan orang lain.
15. Tanamkan sifat ikhlas.
16. Jaga bau badan dan bau mulut. Orang yang berhati busuk kekadang mengeluarkan bau badan dan bau mulut.
17. Telus dalam bertindak dan mengurus orang bawahan.
Orang yang disukai oleh ramai orang disukai Allah SWT. Jika ramai orang suka kita, hati kita berada di dalam keadaan positif, produktif dan aman damai. Sebahagian dari tenaga kita tidak susut kerana digunakan untuk berhadapan dengan kesusahan yang dilakukan oleh orang lain. Tenaga produktif ini boleh digunakan untuk faedah yang bermanfaat.
p/s:Sebab utama tiada jaringan biznes adalah anda tidak pernah menyukai semua orang..anda syyokk sendirii dan terlalu berpransangka thadap orang.......SENYUM...Senyummm..lah..
Nak Join,Nak maklumat tentang biznes ini ,cadangan, komen atau apa2 yg anda ingin luahkan ..
Mutiara Kata
"Kadang-kadang ALLAH Sembunyikan Matahari,DIA Turunkan Hujan,Ribut dan Petir..Kita Bersedih dan Tertanya-tanya Kemana Hilangnya Matahari?? Rupa-rupanya ALLAH nak Hadiahkan Kita PELANGI Yang AMAT INDAH"
"Hidup ini umpama Mesin Pengasah,samada ia menghancurkan anda atau menggilap anda..... Anda sendiri yang menentukannya."
"Laut mati..MATI hanya kerana ia menerima air dan tidak mengeluarkan setitik pun airnya.Ia sembelit dan sesak.Salah satu hukum hidup yang agung ialah hukum peredaran. Sentiasalah mengedarkan kebaikan dan kebaikan akan sentiasa mengedarkan anda."
"Jika kita tidak mampu menjadi garam untuk memasinkan ikan..jangan pula kita menjadi langau untuk merosakkan ikan tersebut."
"Apabila seorang Samurai sejati bertarung,Ia bersedia untuk menghadapi maut, tetapi yang lazimnya lawannyalah yang menemui ajal."
"Mereka yang berjaya sebenarnya lebih banyak gagal daripada yang tidak berjaya...hanya kerana mereka lebih banyak mencuba daripada mereka yang tidak berjaya." ANDA PERCAYA..... ANDA BUAT........ ANDA PASTI BERJAYA!!!