Tapi, kat mana yang kita nak bersyukur ni? Bersyukur pada apa yang Anda ada sekarang, segala apa yang Anda miliki dan segala apa yang dipunyai oleh Anda hari ini.
Setiap pagi saya bangun, saya amat bersyukur kerana saya ada peluang untuk mencemerlangkan hari-hari saya. Sebelum saya tidur, saya amat bersyukur kerana saya dapat menggunakan hari ini untuk menimba ilmu bagi memajukan lagi pencapaian diri saya.
Anda juga boleh lakukan perkara yang sama. Bila bangun esok pagi, akan rasa ceria.
Selain itu, saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang dan dengan apa yang akan saya dapat di masa akan datang dalam imaginasi saya. Imaginasi jika digabungkan dengan rasa kesyukuran merupakan satu perasaan yang sungguh kuat yang mampu menarik apa saja yag Anda mahukan. Selain itu, jika Anda selalu berbuat demikian, ia akan menjadikan Law Of Attraction menarik kemahuan Anda datang lebih cepat dari yang sepatutnya.
Dengan syarat, hilangkan segala keraguan, kesangsian dan segala kemusyukilan. Bila ia ada walaupun sedikit, ini akan membantutkan proses penarikan LOA dan apa yang Anda sangsikan itulah yang akan jadi realiti.
Jika Anda ragu (walaupun sedikit) yang LOA takkan menjadi dan takkan dapat menarik apa yang Anda mahukan, maka itulah yang jadi realiti di mana apa jua yang Anda imaginasikan tak menjadi, kerana Anda pernah memikirkan ia tak menjadi!
Simple. Jadi, buangkan keraguan, tambahkan keyakinan dan panjatkan lebih banyak kesyukuran. Buang habis keraguan tu, sehabs yang mungkin sampai dah takde yang tinggal.
Rasa bersyukur yang mendalam membangkitkan keceriaan dan membuatkan Anda merasa lebih tenang. Bagi diri saya, bila saya mula susah hati dan rasa sedikit tertekan, saya lihat pada benda-benda yang saya ada, family saya, moto nouvo saya, pc saya,kawan-kawan taipan181 saya, orang kampung saya dan kemudian saya panjatkan rasa syukur kerana saya ada semua ini.
Kesan daripada itu, rasa menjadi lebih tenang, lebih bermotivasi dan mampu menghadapi tekanan dengan penuh yakin. Saya juga pernah sesekali takde duit dan pernah banyak kali strategi promisi saya tak membuahkan hasil. Tetapi, saya tak fokus pada segala yang tak berhasil tu tapi pada semua benda yang saya miliki di depan mata saya.
Bila dah nampak, tiba-tiba timbul rasa syukur, kerana dalam minda saya sudah tertanam suis automatik yang bila saya nampak benda-benda tu rasa syukur akan timbul dengan sendirinya.
Kesan daripada itu, selepas beberapa hari, untung dah mula 'masyuk' secara konsisten dan promosi agak menjadi dengan idea-idea baru. Hidup saya juga mdah menjadi lebih stabil selepas itu. Jadi, buat senarai Anda sendiri, jika ia berkesan untuk saya, ia berkesan untuk Anda juga.
Rumusannya, kita lebih senang untuk mencapai apa yang kita mahu bila kita berada di dalam keceriaan berpanjangan dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini. Bila dah selalu buat, Anda akan mula perasan yang rahmat hidup takkan pernah habis. Inilah yang dipanggil 'abundance' dalam kebanyakan buku-buku kuasa minda.
Perbuatan bersyukur juga dapat meningkatkan motivasi diri Anda. Dikala Anda tidak bermotivasi, cuba lihat sekeliling Anda dan fokus pada apa yang Anda ada lalu ucapkan rasa bersyukur. Buat senarai benda-benda dan segala apa yang Anda mahu bersyukur kerana ia ada pada Anda.
Contohnya, Anda boleh selalu online untuk membaca blog ini, mampu bangun pagi dengan penuh ceria, Anda masih ada kelima-lima deria Anda dan Anda mempunyai minda yang cukup hebat juga yang tak terhingga kuasanya. Anda juga ada kerjaya tetap, mempunyai keluarga bahagia, mampu mengambil makanan 3 kali sehari dan mampu ada duit untuk membeli keperluan Anda.
Jangan bandingkan dulu dengan sesiapa, cuma panjatkan kesyukuran kerana semua itu ada pada Anda.
Jangan sesekali asyik tumpukan fikiran pada benda yang Anda rasa kurang dan menyebabkan Anda rasa tertekan, seperti tak cukup duit, takde hanphone baru, tak dapat beli baju baru, selalu tak dapat online, takde idea nak tulis artikel baru ataupun takde ransangan motivasi untuk memulakan hari baru. Sebab, bila Anda berbuat begini, LOA akan terus menarik situasi-situasi negatif datang pada Anda serta merta lalu menjadikan Anda semakin teruk dari yang sebelumnya.
Kesan daripada itu, hidup Anda takde kemajuan dan apa yang Anda inginkan bagaikan jauh tak tercapai. Mengapa? Sebab Anda menumpu fikiran pada kekurangan Anda dan tak pernah bersyukur sedikit pun dengan apa yang Anda miliki.
Jadi, tumpukan pada apa yang Anda ada sekarang ini (bukan yang takde dan yang Ada rasa kurang) serta selalu bersyukur dengan sepenuh hati, seikhlas hati. Lafazkan dengan rasa terharu dan biar Anda rasakan kesyukuran itu meresap jauh ke dalam seluruh badan Anda. Oh ya, lebih baik lafazkan dengan nada berbisik.
Amalkan selalu, kerana ia dapat menyuntik motivasi dan 'menyelamatkan' Anda dari perangkap pemikiran negatif.