Maksimum VS Optimum = ??


Tersebut sebuah kisah, seorang guru silat memberikan pilihan kepada dua orang anak muridnya, sama ada untuk menggunakan 10 jenis senjata, atau satu sahaja semasa ujian persilatan nanti. Lantas anak murid pertama memilih untuk menggunakan 10 senjata, manakala anak murid kedua hanya memilih satu senjata sahaja.

Namun si guru memberikan satu syarat yang ketat. Kedua-dua mereka perlu memahirkan diri dengan senjata yang dipilih dalam masa dua minggu sahaja. Kedua-dua mereka setuju.

Dipendekkan perjalanan cerita, genaplah tempoh kedua-dua orang anak murid itu berlatih. Masa untuk mereka diuji sudah tiba. Anak murid pertama tadi, masuk ke medan ujian. Lawannya adalah seorang ahli silat yang sudah diiktiraf.

Semasa pertarungan ujian itu, si anak murid itu berganti-gantian menggunakan satu demi satu senjata. Keris, pedang, pisau, parang dan pelbagai lagi (10 jenis kesemuanya). Namun, dirinya gagal jua mengalahkan lawannya itu, hatta sekadar menjatuhkan lawannya. Beliau ‘kecundang’, malah kepenatan…

Kemudian tibalah giliran si anak murid kedua, yang hanya memilih satu senjata sahaja iaitu keris. Lawannya juga adalah seorang ahli silat yang sudah berpengalaman…

Di dalam pertarungan ujian itu, anak murid kedua itu begitu lincah sekali. Pantas, hayunan kerisnya hampir mengenai badan si lawan. Tapaknya utuh, langkahnya mantap, geraknya bergaya dan serangannya bertubi-tubi. Sehinggakan si lawan hanya mampu mempertahankan diri sahaja daripada terus dihunus keris.

Akhir perlawanan, si lawan jatuh terduduk, terkunci rapi dan tidak mampu melakukan apa-apa lagi kerana hunusan keris sudah berada di lehernya. Si anak murid itu menang walaupun hanya menggunakan keris sahaja…

Pelajaran Cerita

Apakah yang saya ingin bawakan melalui cerita di atas? Hanya satu, iaitu fokus kepada satu kekuatan. Apakah kekuatan kita? Penulisan? Suara? Kaki? Tangan? Setiap seorang manusia pasti ada kekuatannya yang utama. Begitu juga kita.

Kelebihan yang ada itu, kita perlu mengasahnya, melatihnya, menggunakannya dan menyintainya sepenuh hati. Amat rugi sekali jika potensi diri atau kekuatan yang satu itu tidak diasah dan diguna pakai untuk meraih kejayaan dan mencapai impian.

Optimum vs Maksimum

Kedua-dua perkataan ini walaupun nampak sama, tetapi bagi saya, ia berbeza. Berdasarkan cerita di atas, pesilat yang menggunakan 10 senjata tewas, kerana dirinya mahu menggunakan jumlah senjata semaksimum mungkin, iaitu 10 jenis senjata. Padahal, ada beberapa senjata yang beliau tidak begitu serasi.

Manakala si pesilat kedua itu pula hanya memilih satu senjata sahaja iaitu keris. Pada asas logik, jika hanya menggunakan satu senjata sahaja tidak cukup dan boleh kalah. Namun pada praktikalnya, ada kelebihannya.

Mengapa dengan hanya menggunakan satu senjata itu boleh menang dengan bergaya?

  1. Beliau memilih keris kerana sejak bertahun-tahun belajar silat, beliau lebih serasi dengan keris. Maka dipilihlah keris untuk sesi ujian tersebut.
  2. Beliau tidak menggunakan banyak senjata, kerana tempoh masa berlatih sebelum ujian hanya dua minggu sahaja. Sedikit sukar untuk memahirkan diri dengan banyak senjata.
  3. Dengan menggunakan satu senjata, minda akan lebih fokus. Ruang untuk berfikir juga terbuka luas.
  4. Tenaga tidak digunakan dengan banyak dengan satu senjata. Maka keletihan tidak begitu ketara.
  5. Dia tahu, lawannya adalah juga anak murid kepada gurunya. Jadi sebahagian besar gerak dan langkah sudah boleh diagak. :lol:
  6. Begitu juga kita, jika mahu berjaya di dalam hidup, tidak semestinya kita perlu melakukan banyak perkara yang di luar bidang atau yang tidak serasi dengan diri. Namun, ia tidak bermakna tidak boleh kerana tiada yang mustahil di dunia ini, melainkan jelas tidak mampu dilakukan oleh manusia.

Jadi cerita silat di atas ingin memberitahu bahawa, apa sahaja yang kita lakukan, walaupun ia hanya satu jenis, satu perkara, namun jika dilakukan secara OPTIMUM (sepenuh hati), kejayaan biasanya pasti akan diraih.

Dan seringkali juga kita melihat, ramai yang kecundang dan kecewa kerana gagal di dalam banyak usaha yang dilakukan. Banyak usaha itu adalah bermaksud, mereka cuba MAKSIMUMkan segala peluang yang ada, tetapi tidak mengoptimumkan usahanya.

Di sini, bukan bermaksud kita tidak boleh melakukan banyak perkara atau usaha. Tetapi yang penting, sejauh mana kita melakukan semua itu dengan SEPENUH HATI?

Di dalam perniagaan internet, tiada guna mengetahui 10 cara promosi atau pemasaran, namun satu pun tidak memberikan impak yang maksima. Sebaliknya, mereka yang fokus kepada satu, atau hanya beberapa kaedah pula, mampu membina kejayaan yang besar.

Fakta dan Realiti:

  1. Ain Maisarah, seorang penulis yang begitu ngetop sekali. Fokus kepada penulisan novel untuk pelajar sekolah. Beliau antara penulis yang berjaya mendapat royalti tertinggi di syarikat penerbitan PTS.
  2. Puan Ainon Mohd., pengasas PTS Publications. Fokusnya pada bidang training (sejak tahun 1988) dan juga penerbitan buku (bermula pada tahun 2000). Berkat fokus dan usahanya, beliau kini adalah seorang jutawan yang disegani dan dihormati ramai.
  3. Abdul Latip Talib, seorang yang amat fokus sebagai penulis. Setakat ini dengan fokusnya, telah menulis lebih daripada 20 buah buku dalam genre sastera Islam (sejarah). Juga di antara penerima royalti tertinggi di PTS.
  4. Mahathir Lokman, kuatnya pada suara. Seorang pengacara majlis yang juga mampu mengalih bahasa. Beliau membina kejayaan hanya dengan suara.
  5. David Beckham dikatakan fokus berlatih menguatkan kaki kanannya.
  6. Tiger Woods fokus kepada kepakaran menghayun kayu golf.
  7. Nicol David. Hidup sukses dengan hanya hayunan raket squash sahaja.
  8. Mark Zuckerberg, CEO (pengasas) Facebook, fokus kepada bidang pengaturcaraan. Nilai bisnes Facebook yang bermula dari bilik tidur hostelnya, kini mencecah berbilion-bilion ringgit.
  9. Dr. Rusly (Chef Li). Juga seorang jutawan. Beliau tekad melakukan bisnes masakan dan fokus kepada bidang pendidikan dengan membuka pusat latihan masakan. Saya juga adalah salah seorang usahawan yang hampir meninggalkan bidang bisnes MLM ini (putus asa), namun kembali bangkit dan terinspirasi setelah membaca salah satu bukunya. (Begitu murninya seorang penulis buku yang baik-baik. Terima kasih.)
  10. Anda yang membaca artikel ini, termasuk saya, apakah kekuatan utama yang difokuskan?

Semoga berjaya dengan kelebihan, kekuatan, bakat dan potensi yang Allah SWT kurniakan tersebut.

Nak Join,Nak maklumat tentang biznes ini ,cadangan, komen atau apa2 yg anda ingin luahkan ..

Contact Form

Saya akan hubungi anda(emel@call)kemudian.. Perkara yang paling sukar dalam perniagaan bukanlah
“Bagaimana Untuk Menjual & Mendapatkan Keuntungan?” tetapi “Bagaimana Untuk Bermula?”….kerana jika tiada permulaan, maka tidak ada perniagaan - Steve Schricoff penulis buku “The Miracle Of Business
APA YANG ANDA LAKUKAN SEKARANG!!!!! Peluang hanya datang dan pergi "Dalam sistem sosial orang cina,anak lelaki adalah pewaris keturunan.Salah satu cara menunjukkan penghormatan kpd kedua ibubapa dan menggangkat mertabat keluarga adalah menjadi kaya.Satu-satunya cara menjadi kaya adalah melalui bidang perniagaan... " Landasan Kerjayaan Biznes Ini Telah Terbukti Hebat Ikut ajer landasan kerjayaan ini....usah lagi memandai mencipta roda yang lain. BUAT BIAR SAMPAI JADI INTAN JUTAWAN Bersama Group TAIPAN 181KB.......JATUH ...BANGUN.....LAWAN...... ACTION IS POWER

Mutiara Kata

"Kadang-kadang ALLAH Sembunyikan Matahari,DIA Turunkan Hujan,Ribut dan Petir..Kita Bersedih dan Tertanya-tanya Kemana Hilangnya Matahari?? Rupa-rupanya ALLAH nak Hadiahkan Kita PELANGI Yang AMAT INDAH"
"Hidup ini umpama Mesin Pengasah,samada ia menghancurkan anda atau menggilap anda..... Anda sendiri yang menentukannya."
"Laut mati..MATI hanya kerana ia menerima air dan tidak mengeluarkan setitik pun airnya.Ia sembelit dan sesak.Salah satu hukum hidup yang agung ialah hukum peredaran. Sentiasalah mengedarkan kebaikan dan kebaikan akan sentiasa mengedarkan anda."
"Jika kita tidak mampu menjadi garam untuk memasinkan ikan..jangan pula kita menjadi langau untuk merosakkan ikan tersebut."
"Apabila seorang Samurai sejati bertarung,Ia bersedia untuk menghadapi maut, tetapi yang lazimnya lawannyalah yang menemui ajal."
"Mereka yang berjaya sebenarnya lebih banyak gagal daripada yang tidak berjaya...hanya kerana mereka lebih banyak mencuba daripada mereka yang tidak berjaya." ANDA PERCAYA..... ANDA BUAT........ ANDA PASTI BERJAYA!!!

Sydney 2009 - Best

Sydney 2009 - Best
seks2u 468x60_01

"Tanam Pinang Rapat-Rapat, Supaya Senang Puyuh Berlari; Ku Pinang-Pinang Tak Dapat, Ku Beli Phero-X, Baru Jadi..." Phero-X : Teknik memikat Isteri melalui sains.
Powered By Blogger