Enggan diperli. Susah menerima kritikan.
“Penat-penat ambik degree 5 tahun, kau jadi penjual burger je?”
“Ek eleh, jual Penapis Air Bio Aura ... tu macam bagus je.”
“Peniaga ni penipu je semua. Harga semua mahal.”
Ya. Saya faham. Anda manusia. Anda mempunyai maruah. Anda mempunyai emosi. Kenapa anda perlu membiarkan diri anda dihina sekiranya ada jalan lain untuk meletakkan diri anda dalam ‘class’ tersendiri? Bukan begitu?
Yelah, bila jumpa member-member lama, semua dah pakai kereta baru, business card hebat-hebat, jawatan nampak gempak, pakai tali leher, baju kot, smart. Anda?
“Nak kena buat sales sampai jumpa 10 orang sehari? Ishk. Ntah-ntah kena kutuk lagi.”
“Kalau aku bawak teksi ni, kang member ofis naik, malu je.”
Saya pelik, ramai daripada anda malu untuk memulakan sesuatu perniagaan atas sebab yang remeh temeh. Seolah-oleh berniaga itu satu perkara yang haram. Seolah-oleh menjadi peniaga itu adalah perkara yang menyalahi undang-undang agama & negara.
Betul, manusia ni ada banyak jenis. Jenis yang memaki hamun ada. Jenis dengki ada. Jenis pemarah ada. Tapi jenis yang baik-baik itu lagi banyak. Sekiranya anda berniaga dengan cara yang betul, dari 10 pelanggan, belum tentu ada 1 pelanggan yang akan memaki hamun anda. Tetapi dalam 100 pelanggan, sudah pasti ada 1,2 pelanggan yang tidak berpuas hati. Itu perkara biasa. Kenapa ambil pusing sangat dengan 1,2 pelanggan yang marah-marah, berbanding 99 pelanggan yang memberi sokongan kepada kita?
Anda juga berasa risau apabila anda berniaga kelak, perniagaan anda jatuh dan orang mula mengutuk anda. (Aik, belum berniaga dah fikirkan kejatuhan?)
“Itulah, siapa suruh berniaga.”
“Kan Mak Long dah suruh kau kerja dulu, sekarang kan dah susah.”
Perniagaan memerlukan anda tebal telinga. Kena kutuk, perli itu perkara biasa. Kenapa perlu dengar cakap orang lain kalau anda sudah ada rancangan tersendiri? Biarkan sahaja.
Ingat, duit ini ibarat gula. Kalau anda belum berjaya, tiada siapa yang pedulikan anda. Tetapi apabila anda sudah berjaya, semua orang mengaku bersaudara.
