Sesungguhnya setiap hari kita memang kena melakukan kerja, sama ada suka ataupun terpaksa. Itulah sebenarnya yang diistilahkan sebagai kehidupan dunia. Kalau tidak melakukan apa-apa, pastilah bukan kehidupan namanya.
Sesungguhnya semua kerja-kerja yang dilakukan setiap hari seharusnya diniatkan semata-mata kerana DIA. Bukan kerana hobi.
Apapun yang akan dilakukan sama ada terpaksa mahupun sukarela, pastilah kerana DIA. Siapa? DIA yang Maha ESA.
Walau seberat manapun tugas yang harus dilakukan, usah dilupakan untuk bertekad di dalam diri bahawa perkerjaan itu sebenarnya merupakan satu tanggungjawab yang harus ditunaikan di dalam kehidupan.
Barangkali kerja yang dilakukan itu adalah antara langkah-langkah yang harus dilalui untuk mempelajari rahsia mengenai kehidupan ini.
Pastilah kena berusaha bersungguh-sungguh tidak kira ianya merupakan hobi atau sememangnya yang dibenci. Ketahuilah bahawa semua yang dilakukan itu adalah antara ujian-ujian yang harus kita lalui.
Ada kalanya perkerjaan yang dibenci itu merupakan satu ilmu yang akan memberitahu sesuatu
Sering juga berlaku, perkerjaan yang dibenci itu terlalu berat untuk diselesaikan, sebab itu jangan terlupa memohon pertolongan-NYA. Itu juga antara rahsia mengapa kita dipertanggungjawabkan dengan tugasan yang memang dibenci itu.
Sememangnya DIAlah yang mengerti akan perkerjaan yang dibenci itu, namun kena tekadkan di dalam diri bahawa kehadiran kita ke sini, ke dunia ini bukanlah untuk merasai kepayahan kehidupan duniawi ini semata, tetapi lebih jauh daripada itu pastilah untuk persediaan mengecapi kejayaan syurgawi. Mana mungkin kita akan menikmati sesuatu sebelum melakukan sesuatu.
Sebab itu usah terlupa untuk menekadkan di dalam diri bahawa semua yang sedang dilakukan ini adalah kerana Ilahi, kerana DIA yang Maha Mengetahui segala rahsia yang tersembunyi. Di sebalik rahsia kehidupan duniawi ini. Bukan semata-mata kerana hobi.
Berkemungkinan juga sesuatu yang dibenci itu adalah antara langkah-langkah untuk kita memahami segala rahsia berkaitan kehidupan duniawi ini. Agar kita melepasi segala ujian-ujian kehidupan, sebelum menikmati kejayaan.
p/s:credit to abgbent.thanks