BELUM BUAT BIZ HAI O LAGI,TAPI DAH BANYAK BERKIRA PASAL HASILNYA.
“Anda perlu berada di peringkat di mana anda merasakan bahawa tindakan lebih penting daripada hasilnya sama ada menang atau kalah.”
Arthur Ashe
Kadangkala kita selalu memikirkan hasil akhir. Kita hanya akan bertindak apabila kita merasakan bahawa kita akan menang. Dan hanya akan membiarkan sesuatu perkara begitu sahaja apabila kita merasakan kita akan kalah. Kesannya kadangkala kita tidak melakukan perkara tersebut kerana kita merasakannya ia tidak boleh dilakukan. Padahal, kita mempunyai poteni yang besar untuk berjaya. Alangkah ruginya.
Apa kata kita renungkan kata-kata di atas. Ubah perspektif kita. Bertindak atau cubalah terlebih dahulu perkara yang ingin dilakukan. Hasilnya barulah kita tahu sama ada perkara tersebut boleh dilakukan atau tidak. Kita perlulah memprogram minda kita untuk berada di peringkat di mana tindakan dirasakan lebih penting daripada hasilnya.
Analogi mudah. Anda meminati seseorang. Tetapi tidak tahu sama ada hendak mengoratnya atau tidak. Tetapi kesan membaca blog ini anda merasakan perlunya mencuba. Hehe.. Sebab anda merasakan tindakan perlu diambil. Tentang hasil akhir biar sahaja ditentukan nanti. Sebabnya anda tidak mahu menyesal. Inilah yan perlu diterapkan.
Faham quote motivasi hari ini? :-) Kesimpulannya, lakukanlah perkara yang anda ingin lakukan supaya anda tidak menyesal. Mungkin anda akan kalah, tetapi sekurang-kurangnya anda tidak akan menyesal. Adakah anda ingin suatu hari nanti di kala anda tua, anda berkata, “alangkahnya baiknya aku mencuba melakukan perkara tersebut dahulu”.?