gunting/tampal dari:KeretaMAYAT
Pada suatu hari, ada sorang awek cun sedang berjalan seorang diri tanpa sempat berfikir tentang masa depannya. Sedang si awek cun yang memakai baju cheongsam melawati satu danau yang sunyi lagi sepi,.. tiba-tiba, dari dalam semak, muncullah 3 orang penjahat yang berniat jahat sambil ketawa pada sesuatu yang tak lawak.
Ha ha ha, gelak si penjahat yang berniat jahat itu sambil mengurut ngurut dagu.
“Lepaskan aku binatang” jerit perempuan cina tu dalam bahasa melaysia yang telah di alih bahasa.
“Aku bukan binantang, aku manusialah cik adik, ha ha ha” cakap lelaki jahat yang berniat jahat itu yang suka pakai baju gelap lagi lusuh..
“Lepaskan aku manusia” jerit lagi perempuan cina tu dalam bahasa melaysia yang telah di alih bahasa.
“HA HA HA, kau ni kelakarlah” kata si ketua penjahat yang berniat jahat itu sambil bercekak pinggang..
Tanpa melengah-lengahkan masa, kita terus pergi pada kemuncak cerita ini, tiba-tiba, terpancullah hero yang ‘berniat baik ada makna’ yang ada muka ala-ala Bruce Lee yang secara mendadak telah muncul dari belakang kamera setelah baju perempuan tu koyak sikit di koyak penjahat yang berniat jahat sedang mukanya pecah lapan, lalu hero yang ada juga iras Rock Lee itu yang ‘berniat baik ada makna’ terus teguh membelasah semua penjahat yang berniat jahat sekaligus menghancurkan masa depan semua penjahat yang berniat jahat itu..
(Babak pergaduhan terpaksa didelete sebab terlalu ganas bagi mengelakkan pelajar terpengaruh lalu bergaduh di sekolah)
Dah habis babak hero yang ‘berniat baik ada makna’ menghancurkan masa depan semua penjahat yang berniat jahat itu.. maka macam biasa, heropun adalah luka sikit kat tangan, adalah darah-darah sikit, lalu awek cina yang memakai baju cheongsam koyak rabak tu terus pegang tangan hero sambil nangis kasihan kat hero yang ‘berniat baik ada makna’
“Awak sakit tak?”
Tanya perempuan cina tu dalam bahasa melaysia yang telah di alih bahasa.
Heropun dengan macho menjawab..
“Tak sakitpun”
Tiba tiba perempuan tu perahkan limau nipis kat tempat luka hero dan bertanya:
“Awak sakit tak?”
“Errr, tak..”
Jawab hero sambil menahan sakit, tapi sempat berfikir mungkin perempuan ni nak ubat luka dia..
Mendengar jawapan hero tak sakit, perempuan ni letak pulak garam kat tempat luka hero dan bertanya..
“Awak sakit tak?”
Hero dah mula konfius, sambil berkerut kening menahan sakit lalu control macho menjawab..
“Tak.. kk.. sakit..”
Lantas perempuan tu tuang minyak tanah lalu membakar tangan hero dan bertanya:
“Awak sakit tak?”
"SAKIT, ADOI MAK SAKITNYA!!!!"
Jerit hero sambil lari lintang pukang dengan tangan terbakar lalu terjun ke dalam sungai yang berhampiran..
Dari tebing sungai terlihat perempuan tu ketawa berdekah dekah sambil berkata..
“Lihatlah dunia! Mana ada orang yang tak sakit dalam dunia ni ha ha ha ha!”
Gila ke apa perempuan ni?
Ok, kita habiskan babak cerita ‘kung pow’ yang aku edit sesuka hati kat situ, kali ni aku nak cerita pasal ‘Enjet-enjet Semut, Siapa Sakit Naik Atas’
Sebagai manusia, kita semua akan dapat sakit, dari sekecil kecil sakit sehingglah ke sebesar besar sakit, dari penyakit bisul sehinggalah ke penyakit barah..
Dan manusia punya sakit ada limit, yang mana apabila jasad dah tak dapat tahan menerima beban kesakitan, maka manusia akan bertindak balas menjadi pengsan, dan jika menerima beban kesakitan yang lebih dahyat lagi, maka manusia akan bertindak balas menjadi mayat.. habis cerita.
Itu bab sakit jasmani, jika sakit nurani atau sakit hati pulak, manusia akan bertindak balas menjadi mereng, atau gila babi.. habis cerita..
Namun, apa yang aku nak cerita adalah tentang sakit yang paling teruk dan dahsyat dalam dunia ini, iaitu sakit yang mana tidak memberi peluang untuk kita buat kerja lain… hanya mampu mengerang kesakitan menahan azab dan terpaksa bertahan dalam keadaan separuh nyawa atau nyawa nyawa ikan.. memang teruk, macam nazak gitu..
Sekiranya korang mengalami sakit yang di katogerikan ‘teruk’, seperti lumpuh sebelah badan, patah kaki, kena kurap, kena HIV, kencing Manis, darah tinggi, dan lain lain, tapi dalam korang kena sakit macam tu, tapi pada masa yang sama korang masih boleh buat kerja lain, seperti masih boleh tengok TV, makan nasi, update blog, balas sms, baca komik, sembahyang, atau tidur dan lain-lain aktiviti, maka bersyukurlah sebab walaupun sakit korang teruk, korang masih boleh gunakan otak untuk buat kerja lain, masih boleh gunakan otak untuk bersabar, untuk bersyukur dan sangka baik, maka sakit korang taklah ‘teruk’ sangat..
Tapi, jika korang kena sakit yang buat korang tak boleh gunakan otak, seperti sawan babi, gila babi, histeria, trauma atau menjadi warewolf, maka itu yang naya, korang menderita kerana terpaksa bergantung pada pantauan orang lain..,
Namun ‘kebaikan’ mendapat sakit yang tak boleh gunakan otak adalah kebanyakannya korang tak sedar yang korang sakit waktu sedang sakit, maka korang taklah rasa ‘sakit’.., contoh korang jadi warewolf, lepas dah jadi warewolf baru korang sedar dalam keadaan berbogel, tak lah sakit… Cuma malu sahaja..
Satu lagi ‘kebaikan’ mendapat sakit yang tak boleh gunakan otak adalah korang tak wajib solat atau puasa sewaktu korang jadi warewolf misalnya.., maka pesan aku kepada mereka yang mengalami sakit yang di katogerikan ‘teruk’, seperti lumpuh sebelah badan, patah kaki, kena kurap, kena HIV, kencing Manis, darah tinggi, dan lain lain, korang tetap WAJIB solat, sebab otak korang masih boleh digunakan.., korang bukannya warewolf atau gila babi yang tak payah solat bila dengar azan, nak aku tembak dengan peluru perak ke?
Ok, habis sampai situ, moral aku adalah, sembahyanglah walau macam mana sakitpun kecuali anda seekor werewolf.. end.
Sekarang aku nak pergi kepada sakit yang paling teruk dan dahsyat dalam dunia ini, iaitu sakit yang mana tidak memberi peluang untuk kita buat kerja lain… hanya mampu mengerang kesakitan menahan azab dan terpaksa bertahan dalam keadaan separuh nyawa atau nyawa nyawa ikan.. memang teruk, macam nazak gitu..
Sakit sebab kita alami dalam keadaan sedar, yang mana sakit ‘macam’ tak boleh gunakan otak tapi tetap kena solat sebab masih boleh jugak guna otak walaupun menderita tapi sebab masih boleh bergerak, maka nak jugak kena solat…
Aku bagi tiga contoh sakit yang pernah aku alami, sakit yang mana tidak memberi peluang untuk kita buat kerja lain… hanya mampu mengerang kesakitan menahan azab dan terpaksa bertahan dalam keadaan separuh nyawa atau nyawa nyawa ikan.. memang teruk, macam nazak gitu.. sakit yang ‘macam’ tak boleh gunakan otak tapi tetap kena solat sebab masih boleh jugak guna otak walaupun menderita tapi sebab masih boleh bergerak, maka nak jugak kena solat… sama sama kita fakir bab ni..
1) SAKIT GIGI
Aku lepas kahwin barulah tahu apa itu sakit gigi, kena pulak waktu malam, terasa ada syaitan jahat sedang menari-nari dalam mulut berdendang lagu dari neraka..
Aku terbaring menahan sakit, nak membaca tak boleh, nak buat lawak tak boleh, nak bersetubuhpun tak boleh, semua tak boleh!.., aku makan nasi rasa sakit, aku makan roti lembutpun sakit, YA ALLAH sakitnya.., bila aku minum air teh tarik, sekali air panas teh itu merayap ke celah gigi lantas merancakkan lagi dendangan lagu dari neraka oleh syaitan jahat yang menari dalam mulut aku.. SABAR HAMKA, SABAR!
Aku cuba gosok gigi, arghh, sakit jugak.., jam dah 1 pagi, mana ada klinik gigi yang bukak waktu begini, kepala terasa pening, aku pernah ulser mulut, tapi yang ni..oh! last aku ambil kayu sugi dan gigit hujungnya dan talakan ia ke lubang gigi tempat syaitan jahat sedang menari-nari dalam mulut berdendang lagu dari neraka…
Tapi di situ sebenarnya tiada syaitan jahat, yang ada di dalam lubang itu adalah Peluang diampunkan dosa dan peluang darjat di naikkan… aku baca al fatihah ulang ulang, dan sakit gigi aku beransur ansur hilang, maka tertidurlah aku, alhamdulillah..
Esok pagi, aku pergi klinik dan doctor buat dua pilihan, nak cabut atau rawatan saraf, aku tanya berapa harga untuk setiap pilihan, RM50 untuk cabut, dan RM 300 untuk rawatan saraf.
Aku tanya doctor lagi, apa kebaikkan dan keburukkan pilihan itu, kata doctor, cabut akan sakit yang amat walaupun dah bius, kemudian bilangan gigi dah makin kurang, tapi jika buat rawatan saraf, tak sakit dan gigi akan kekal digunakan sampai tua dan tak akan sakit-sakit lagi sebab hanya saraf di cabut.
Lantas aku ambik rawatan saraf sebab FREE, syarikat aku tanggung!.
Selamat tinggal wahai syaitan jahat yang menari-nari dalam mulut berdendang lagu dari neraka.. eh silap, sepatutnya terima kasih kerana dosa telah terampun, dan darjat telah naik, mudah mudahan.. Syukur pada Allah kerana tiada lagi kesakitan gigi, terima kasih pada Allah!
Cuma aku tengok memang orang sakit gigi ni naya sikit, ada yang bengkak gusi dan muka monyok macam warewolf, kasihan.., nak buat macam mana? Itu semua ujian dari Allah sebab tak pandai jaga gigi, tapi sakit macam manapun, tetap kena solat jugak, atau korang sanggup nak jadi kawan syaitan jahat yang ‘berdendang’ dalam neraka?.
Habis sampai situ…
2) SAKIT TELINGA.
Ni lagi satu penyakit yang ‘macam’ tak boleh gunakan otak tapi tetap kena solat sebab masih boleh jugak guna otak walaupun menderita tapi sebab masih boleh bergerak, maka nak jugak kena solat..
Memang azab sakit yang melibatkan telinga, sesakit gajah yang menderita angkara tikus, sakit yang mana tidak memberi peluang untuk kita buat kerja lain… hanya mampu mengerang kesakitan menahan azab dan terpaksa bertahan dalam keadaan separuh nyawa atau nyawa nyawa ikan.. memang teruk, macam nazak gitu..
Aku kena waktu habis SPM, ada satu bisul telah tumbuh dalam telinga aku, dia punya sakit, tak tahu macam mana nak cerita, benda pulak dalam telinga, tak boleh nak pantau, kepala rasa berdengung, otak terasa kejang, dan badan terasa kebas, aku alami selama setangah hari.., berlmula lepas zohor dan berakihr malam itu, aku tak boleh buat apa-apa, tapi masih juga solat dalam keadaan terhuyung hayang, aku rasa maca nak mati.., bila bisul pecah, sakit beransur ansur hilang…
Jadi korang yang sedih sebab bisul tumbuh kat bontot, syukurlah sebab bisul tu tak tumbuh dalam telinga korang.., itu jer aku nak cakap..
3) SAKIT PERUT
Aku tak pernah lagi sakit perut yang kriktikal, aku pernah tengok kawan aku sakit perut sambil berguling guling, aku tengok diapun aku tahu batapa sakitnya ia, tapi tak lamalah sakit perut tu.., biasanya kejap.., jadi aku tekde pengalaman bab ni, sebab aku sakit perut waktu nak berak jer, bertambah sakit jika tak jumpa tandas.. heh!
PENUTUP
Jadi, setelah kita bincangkan bab sakit ni semua, dan betapa perintah Allah tetap jugak nak kena buat sewaktu sakit, maka fahamlah aku jika korang sakit dan tak nak solat maka ada satu tempat khas untuk orang yang sakit dan tak payah solat iaitu NERAKA!
Dan NERAKA punya azab bukan setakat sakit gigi, sakit telinga dan sakit perut, tapi lebih dari itu!! LEBIH DARI SAKIT GIGI, SAKIT TELINGA DAN SAKIT PERUT?!
Dan di sana, sakit manusia tiada limit, yang mana kat dunia, apabila jasad dah tak dapat tahan menerima beban sakit, maka manusia akan bertindak balas menjadi pengsan, dan jika sakit yang lebih dahyat lagi, maka manusia akan bertindak balas menjadi mayat.. habis cerita.
Tapi kat NERAKA, sakit macam manapun, sama ada gigi tercabut atau telinga pecah atau perut meletup, manusia tidak akan pengsan dan tidak akan jadi mayat.. malahan yang paling ringan adalah memakai terompah neraka sedang otak mendidih..
Otak mendidih?demam 40 darjah celcius dah kecoh, belum lagi kena demam suhu mendidih 100 darjah celecius, oh! nak balas smspun tak boleh dah ,,isk..
Dalam neraka ni, kalau baca terjemahan Al quran ada cerita bahawa mereka ni dalam keadaan nazak gitu, nyawa nyawa ikan, tidak hidup dan tidak mati…
Sesungguhnya barang siapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa, maka baginya neraka Jahanam. Dia tidak mati didalamnya dan tidak pula hidup (Tahaa: 74)
Muka mereka dibakar api neraka dan mereka dalam neraka itu dalam keadaan cacat (Al-mukminun:104)
Ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat) sudah dekat, maka orang-orang kafir itu menjadi muram. Dan katakanlah kepada mereka, inilah azab yang dahulunya kamu selalu meminta-mintanya (al-Mulk: 27)
Akhirnya dikatakan (kepada mereka): Inilah dia (azab seksa) yang kamu dustakan dahulu.
******
Dah lah tu Hamka, kau qoute ayat Al quran banyak banyak karang, bertambah sakit gigi, telinga dan perut mereka..
Baiklah, habis sampai sini dulu, selamat pergi jumpa doktor gigi, pakar telinga dan ahli perut, walau apapun sakit kamu, last aku nak cakap, dalam neraka takde klinik tau! Enjit enjit semut, siapa sakit naik atas..Enjit enjit semut, siapa sakit naik atas... (ulang korus sehingga sakit korang naik atas)
Ps: Dalam shurga tiada doktor dan hospital adalah kerana ahli shurga tidak akan sakit lagi buat selama-lamanya, Indah Waterpun takde.., tapi dalam neraka, comfirm tiada doktor dan hospital walapun semua orang di dalamnya sedang sakit, err, kalau doktor adapun, sendiri kena azab sambil mengharap dimasukkan ke bilik mayat, maaflah bang dalam neraka bilik mayat takde, keretamayatpun takde..harap maklum.
ps2: Siapa sakit naik atas bermaksud: orang sakit,diburukan maka darjatnya akan naik.
DL181...DIMANA KAMU????
: )